Wednesday, March 27, 2013

Fitrah dalam redha Allah


Desas desus bahawa mereka berdua bakal mendirikan masjid akhirnya terjawab jua. Sebagai insan yang dijemput pun mula menghitung hari, apatah lagi orang yang bakal melewatinya. Saya berbesar hati berkampung di daerah Seremban menanti detik bahagianya. Semua perasaan bercampur baur. Gembira, syukur, terharu dan sedih.

Saya bertuah mengenali mereka berdua sebagai sahabat jemaah yang dihormati. Kegigihan, kesabaran dan  komitmen mereka dalam gerakan sejak dari alam matrikulasi sehingga kini menjadi contoh pada diri saya dan adik-adik seperjuangan. 

Alhamdulillah, Allah telah sempurnakan sebahagian iman mereka berdua melalui jalan ini. Dan kini sedang berusaha memenuhi sebahagian iman yang lain. Mabrook alaikum Siti Fatimah Kamaruddin & Muhammad Muizzuddin Mustaffa.

 
alhamdulillah
 
menunggu giliran..hehehee



Gen 4 yang selamat daa...





“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin".

*****************************
Rumah tangga itu adalah cerminan untuk melihat ummah. Setiap bata yang membentuk binaannya, adalah hasil ‘air tangan‘ sebuah rumah tangga. Medan suami mendidik isteri, gelanggang isteri memimpin suami, tempat ibu bapa mengasuh anak, dunia anak-anak berihsan dengan ibu bapa. Semua itu adalah ‘dunia kecil’ yang Allah anugerahkan kepada setiap kita untuk belajar membentuk manusia, sebelum berjuang membina massa. Rumah itu medan pertama, sebelum ummah matlamat besarnya.



No comments:

Post a Comment