Tuesday, January 29, 2013

Intima' diri dalam harakah Islamiyyah


“Jangan beralasan dalam menggerakkan kerja dakwah. Saya kecewa dengan sebahagian adik-adik terutama muslimat  tak dapat hadir @ tak boleh turun medan hanya beralasan kerana ketiadaan pengangkutan”. 

Saya  tertunduk malu.Lirih mata hitamnya tajam menikam jantung. Seperti mengetahui rungutan yang biasa kami utarakan setiap kali tidak dapat hadir ke medan.

“Saya juga seperti kalian, malah sehingga kini tidak tahu pegang stereng kereta.Justeru, bagi saya ia bukan satu keterbatasan besar yang mengganggu pergerakan kita.Mesti ada jalan dan usaha untuk keluar dari halangan ini” tambah Puan Fadhlina Sidek Sidek.

Beliau ikon Helwa yang saya kagumi pemikiran dan gerak kerja dakwahnya. Sama seperti bapaknya. Masakan tidak kalau tak tumpah kuah kalau bukan pada nasinya.Peringatan ‘keras’ beliau mengingatkan saya pada pesanan Ustaz Fathi Yakan dalam tulisannya ‘Ma za ya’ni’ bahawa intima’ diri sesorang ke dalam gerakan mestilah menyerah dan mengorbankan seluruh tenaga dan kemampuannya sebagai khidmat kepada jemaah, menyerahkan segala kepentingan dirinya untuk kepentingan Islam dan bukan sebaliknya, dan mestilah tidak melihat mehnah itu sebagai keterbatasan dalam gerakan.

Intima’ mestilah tidak terikat dalam jangka waktu yang tertentu dan berakhir apabila jangka waktu itu telah tamat.

Intima’ juga tidak seharusnya terikat dengan satu keadaan tertentu dan akan berakhir dengan berakhirnya keadaan-keadaan tertentu itu.

Intima’ diri kedalam gerakan Islam mestilah tidak terbatas dalam masa muda dan sebelum berumahtangga dan menarik diri setelah menjangkau peringkat dewasa dan berumahtangga.

Intima’ diri ke dalam gerakan Islam mestilah tidak dibataskan oleh keadaaan kemiskinan dan kesusahan dan akan akan menghilang diri setelah kaya dan senang.

Intima’ diri tidak hanya terbatas dalam keadaan tenang dan damai tetapi cabut lari sewaktu ditimpa dugaan dan bala.

Intima’ diri ke dalam gerakan Islam mestilah bersifat kekal abadi yang tidak bercerai tanggal atau mundur ke belakang atau cabut lari hinggalah seseorang itu menemui Allah dan beliau tetap dalam keadaan menggabungkan diri dalam gerakan Islam. Allahu Rabbi.

“Dan di antara manusia itu ada orang-orang yang berkata”Kami beriman kepada Allah”, tetapi apabila ia disakiti (kerana beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata; ‘Sesungguhnya kami adalah besertamu’, bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia?Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang munafik” (Al-Ankabut:10-11)

Tamrin Qiyadi Kebangsaan
6-8 RabiulAwal 1434 H
“Mengukuh Tanzim Perjuangan”

******************************

Setiap ahli gerakan Islam mesti tahu dan faham peranannya sebagai ahli gerakan Islam. Kita bukan sekadar badan tabligh dalam erti sempit, juga bukan badan kebajikan pengumpul dana mangsa kecelakaan,kita bukan parti politik pemburu undi, kita juga bukan badan koperasi ekonomi pengaut laba.Cari ruang untuk terus berfungsi sebagai pendakwah, pentarbiyyah, juru islah, pembela kaum mustadh'afin, pejuang ekonomi ummat, sebagai tenaga politik non partisan, sebagai juara perdamaian bagi mereka yg ingin damai dan sebagai penggempur terhadap mereka yang cuba mencabul kedaulatan ajaran Allah.Aplikasi 5P dalam kehidupan seorang ahli gerakan~Pendakwah,Pendidik,Pembela,Penghubung dan Pelindung~ Puan Fadhlina Sidek Sidek

Saturday, January 26, 2013

Munajat Ulangtahun Kelahiran ke-25




Ya Allah,
Kurniakanlah daku perasaan cinta kepada Mu,Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu ini lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

Ya Allah,
apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aky cintai,maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai

Ya Allah
jadikanlah cintaMu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk disaat kehausan.

Ya Allah
jadikanlah aku mencintaiMu , mencintai malaikatMu, RasulMu dan hambaMu yang soleh.

Ya Allah
hidupkanlah hatiku dengan cinta Mu dan jadikanlah aku bagimu seperti apa ynag Engkau cintai.

Ya Allah
jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMU

(Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda;”Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud as”)

**************************************** 
Ya Allah berilah rasa redha atas segala keputusan yang telah Engkau berikan padaku , dan berkatilah segala keputusan yang telah aku lakukan sehingga aku tiada suka mempercepat apa yang Engkau lambatkan , dan memperlambat apa yang Kau cepatkan.

Ya Allah, aku meminta kepada Mu, kelembutan ketentuan taqdirMu,taqdirkanlah untukku kebaikan di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih serta Pemilik Arash Yang Mulia.



Monday, January 21, 2013

D.F.T.B.A



"Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi,
dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari
."

Ku kira,
bait-bait ini,
sungguh hebat,
sungguh benar.

Mengaulakan mana yang lebih aula,
mengutamakan mana yang lebih utama.

"Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi,"

Erti kata lain,
tiadalah perlu tergesa-gesa.

Kerna,
1000 tahun itu,
ku kira,
panjang masanya.

Yang diperlukan hanyalah,
perancangan rapi,
dan strategi yang berkesan.

Bercita-cita besar,
dan bergerak ke arahnya,
usah gusar, usah gentar,
kita ada banyak masa untuk bekerja.



"dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari."

Aku kira,
ini jauh lebih penting,
jauh lebih mendesak.

Berbaki hanya sehari,
apakah engkau ada masa untuk bersenang lenang,
apakah engkau ada masa untuk berfoya-foya?

Harus pantas,
pantas dan pantas.

Kerna masa masih berbaki,
nafas masih berhembus,
rehat kita belum tiba,
mati kita belum menyinggah.

Masih ramai di luar sana,
yang masih belum ditunaikan,
hak mereka ke atas aku,
dan hak mereka ke atas engkau-engkau.


Allah jadikan engkau-engkau,
aku-aku,
Abid dan Khalifah.

Ditanam dalam diri,
sejak lahir lagi.

Disemai dalam hati,
sejak bernafas lagi.

Engkau Abid,
Engkau Khalifah.

Maka,
nikmat mana lagi yang engkau hendak dustakan?

**********************************************

Daie & Da'eiyah harus pantas,pantas dan pantas dalam 3 perkara;
pantas menguasai masalah, pantas dalam khittah dan pantas dalam perlaksanaan
(Puan Fadhlina Sidek Sidek)


D.F.T.B.A
don't Forget to be Awesome
Lillahi Taala :)