Friday, January 4, 2013

Ilmu bukan pada pointer


Seputar bermulanya musim baru persekolahan, musim exam universiti dan musim menghantar thesis bagi student postgrad... saya berfikir sendiri.

Adakah wujud 'Ranchoddas Shamaldas Chanchad' (dalam 3 Idiots) versi Malaysia? Masihkah ada insan setegar dan seikhlas Imam Syafi'i memburu khazanah ilmu? Adakah sistem pendidikan kita boleh membentuk insan-insan sebegitu?

Wahai diri dan teman, kurangkan risaumu terhadap markah dan pointer.
Lebihkan risaumu tentang ilmu dan kefahaman.
Lebihkan risaumu, adakah ilmu yang kamu dapat itu bermanfaat untuk ummah.
Lebih lebihkan lagi risaumu, adakah ilmu yang kamu pelajari, termasuklah perjalanan dalam mempelajarinya telah membawa kamu lebih dekat dengan TUHAN?
Quoted from Ahmad Fakhrurazzi Yahya

No comments:

Post a Comment