Rahman ya Rahman
Sa’idni ya Rahman
Ishrah sodri Quran
Imlaq qolbiy quran
Wastihayatil quran..
Ya Allah
Jadikanlah kami Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki
Sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi
Agar kehadiranku di dunia ini bermakna
Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri
Ku pinta padaMu ya Ilahi
Agar di saat-saat akhir hayatku
Alunan kalamMu jua yang mengakhiri pemergianku

"Wahai Allah, rahmatilah aku sehingga aku dapat meninggalkan segala maksiat selama mana engkau telah menghidupkan aku, rahmatilah aku sehingga aku tidak menanggung apa-apa beban yang tidak memberi manfaat padaku, kurniakanlah aku pandangan yang baik yang menyebabkan engkau redha padaku. Wahai Allah, Tuhan yang memiliki keindahan langit & bumi, yang mempunyai kehebatan, kebesaran, dan kemuliaan yang tidak mungkin dicapai oleh sesiapapun, aku memohon padaMu wahai Allah, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah dengan kehebatanMu dan cahaya wajahMu, supaya engkau menetapkan hatiku untuk menghafaz kitabMu sebagaimana engkau telah mengajarkannya padaku, anugerahkanlah kepadaku supaya membacanya dengan cara yang menyebabkan engkau padaku.
Wahai Allah, Tuhan yang memiliki keindahan langit & bumi, yang mempunyai kehebatan, kebesaran, dan kemuliaan yang tidak mungkin dicapai oleh sesiapapun, aku memohon padaMu wahai Allah, yang Maha Pemurah, agar engkau cahayakan penglihatanku dengan Al-Quran, agar engkau menggerakkan lidahku dengan Al-Quran, agar engkau hilangkan kekusutan hatiku dengan Al-Quran, agar engkau melapangkan dadaku dengan Al-Quran, agar engkau menggerakkan tubuhku dengan Al-Quran, kerana sesungguhnya tiada siapa yang menunjukkan kebenaran selain daripadaMu, & tiada siapa yang anugerahkannya selain engkau wahai Allah. Tidak ada tempat berlindung juga kekuatan kecuali pada Allah yang maha Tinggi lagi maha Agung.”
Allahu Allah, sungguh aku
merindui kelas tasmi’ , sabqi dan murajaah quran bersama murabbi dan sahabat .Moga
kita istiqamah memelihara kalam-kalam Tuhan dan diterjemahkan dalam amal. Amin
ya Rabbal ‘Alamin.
**************************************
seharusnya
bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui…
Malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang sia-sia, dan khusyu’nya ketika manusia leka dgn kehidupan dunia (Ibnu Mas'ud)

Lillah Lillah
My desire for Allah is passionate
No comments:
Post a Comment