“Jangan beralasan dalam menggerakkan kerja dakwah. Saya kecewa
dengan sebahagian adik-adik terutama muslimat tak dapat hadir @ tak
boleh turun medan hanya beralasan kerana ketiadaan pengangkutan”.
Saya tertunduk malu.Lirih
mata hitamnya tajam menikam jantung. Seperti mengetahui rungutan yang biasa
kami utarakan setiap kali tidak dapat hadir ke medan.
“Saya juga seperti kalian, malah sehingga kini tidak tahu
pegang stereng kereta.Justeru, bagi saya ia bukan satu keterbatasan besar yang
mengganggu pergerakan kita.Mesti ada jalan dan usaha untuk keluar dari halangan
ini” tambah Puan Fadhlina Sidek Sidek.
Beliau ikon Helwa yang saya kagumi pemikiran dan gerak kerja
dakwahnya. Sama seperti bapaknya. Masakan tidak kalau tak tumpah kuah kalau
bukan pada nasinya.Peringatan ‘keras’ beliau mengingatkan saya pada pesanan
Ustaz Fathi Yakan dalam tulisannya ‘Ma za ya’ni’ bahawa intima’ diri sesorang ke dalam gerakan mestilah menyerah dan
mengorbankan seluruh tenaga dan kemampuannya sebagai khidmat kepada jemaah,
menyerahkan segala kepentingan dirinya untuk kepentingan Islam dan bukan
sebaliknya, dan mestilah tidak melihat mehnah
itu sebagai keterbatasan dalam gerakan.
Intima’ mestilah
tidak terikat dalam jangka waktu yang tertentu dan berakhir apabila jangka
waktu itu telah tamat.
Intima’ juga tidak
seharusnya terikat dengan satu keadaan tertentu dan akan berakhir dengan
berakhirnya keadaan-keadaan tertentu itu.
Intima’ diri
kedalam gerakan Islam mestilah tidak terbatas dalam masa muda dan sebelum
berumahtangga dan menarik diri setelah menjangkau peringkat dewasa dan
berumahtangga.
Intima’ diri ke
dalam gerakan Islam mestilah tidak dibataskan oleh keadaaan kemiskinan dan
kesusahan dan akan akan menghilang diri setelah kaya dan senang.
Intima’ diri tidak
hanya terbatas dalam keadaan tenang dan damai tetapi cabut lari sewaktu ditimpa
dugaan dan bala.
Intima’ diri ke
dalam gerakan Islam mestilah bersifat kekal abadi yang tidak bercerai tanggal
atau mundur ke belakang atau cabut lari hinggalah seseorang itu menemui Allah
dan beliau tetap dalam keadaan menggabungkan diri dalam gerakan Islam. Allahu
Rabbi.
“Dan di antara
manusia itu ada orang-orang yang berkata”Kami beriman kepada Allah”, tetapi
apabila ia disakiti (kerana beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia
itu sebagai azab dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan
berkata; ‘Sesungguhnya kami adalah besertamu’, bukankah Allah lebih mengetahui
apa yang ada dalam dada semua manusia?Dan sesungguhnya Allah mengetahui
orang-orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang
munafik” (Al-Ankabut:10-11)
Tamrin Qiyadi Kebangsaan
6-8 RabiulAwal 1434 H
“Mengukuh Tanzim Perjuangan”
******************************
Setiap ahli gerakan Islam mesti tahu dan faham
peranannya sebagai ahli gerakan Islam. Kita bukan sekadar badan tabligh dalam
erti sempit, juga bukan badan kebajikan pengumpul dana mangsa kecelakaan,kita
bukan parti politik pemburu undi, kita juga bukan badan koperasi ekonomi
pengaut laba.Cari ruang untuk terus berfungsi sebagai pendakwah, pentarbiyyah,
juru islah, pembela kaum mustadh'afin, pejuang ekonomi ummat, sebagai tenaga
politik non partisan, sebagai juara perdamaian bagi mereka yg ingin damai dan
sebagai penggempur terhadap mereka yang cuba mencabul kedaulatan ajaran
Allah.Aplikasi 5P dalam kehidupan seorang ahli
gerakan~Pendakwah,Pendidik,Pembela,Penghubung dan Pelindung~ Puan Fadhlina Sidek Sidek
No comments:
Post a Comment