Alhamdulillah thumma alhamdulillah.. saat ini Allah masih beri peluang dan kesempatan. walau dahulu terlalu banyak dipersiakan .
Insha Allah tahun ini banyak liku hidup bakal kutempuhi dan dengan pertambahan usia yang bila-bila menghampiri kematian, makin bertambah amanah dan tanggungjawab yang harus kulaksanakan.
Semalam, tirai 2013 berakhir dengan khabar gembira buat hati yang berdebar-debar menunggu. Alhamdulillah, syukur tak terhingga, khalifah kecil ahli syurga ini di izinkan Allah melihat dunia baru. Dan saya menarik nafas lega, kerana amanah yang ditaklifkan menjaga sahabat sudah tertunai.Mudahan anak solehah ini dibesarkan dalam limpahan kasih sayang ummi dan ayahnya dan rahmat Allah, kelak dewasa nanti berjasa dan bermanfaat untuk ummah.
Tuhan,
Limpahkanlah aku rahmat ikhlas
Hindarkan aku riak bias
Dalam RahmanMu Ya Allah
Nikmat Syukur nan Indah
Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta
tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada (al hajj: 46)
Esok yang belum pasti
Untuk diri
Moga Tuhan Ampunkan dosa, khilaf dan kelalaian hambaMu sepanjang Tahun yang sudah
Dan bimbinglah hati ini menuju keredhaan Mu
One step closer
Another adventure
Bismillah
*****************************
" Wahai Allah sesungguhnya hari ini ialah hari yang baru, maka bukalah hari ini Ya Allah untuk aku dengan ketaatan terhadapMu, dan tutuplah hari ini untukku ya Allah dengan keampunanMu dan keredhaanMu, dan anugerahkanlah kepadaku hari ini segala kebaikan yang Engkau terima daripadaku dan Engkau sucikanlah amalam-amalanku dan Engkau gandakan ganjaran untuk amalanku,
dan apa yang telah aku lakukan dari keburukan-keburukan maka ampunkanlah aku. Sesungguhnya Engkau Ya Allah Yang Maha Mengampuni Yang Maha Penyayang Yang Maha Pencinta Yang Maha Mulia"
No comments:
Post a Comment