Saya tidak menyangka sejauh ini kaki melangkah.
Berada dalam gelanggang ini bukanlah cita utama
saya.
Namun atas pencerdasan siayasi, pencerahan dan kesedaran,
semangat perjuangan menegakkan hak dan batil akhirnya Allah jua mentaqdirkan
diri turut berbakti dalam gelanggang ini.
Benarlah apa yang dijangka sebelum ini. Tidak mudah
berjuang mempertahankan kebenaran. Perasaan bercampur baur. Antara perasaan teruja, semangat,bimbang dan takut,semua bermain-main dibenak kepala.
Peristiwa diherdik kasar, kebimbangan pada ‘mata-mata’
yang menyaksikan, peperangan saraf yang sarat dengan emosi, pencemaran majlis
dengan gangguan yang biadap dan tak berakhlak,semuanya menjadi memori berharga
untuk diabadikan.
Namun manisnya,apabila melihat sirna mata ‘Yang
Berkhidmat’ gembira dengan kehadiran orang muda menghulurkan tangan meringankan
beban. Manisnya ukhwwah apabila partisipasi bersama dengan golongan ‘non muslim’. Manisnya, apabila ucapan sulung yang ditunggu-tunggu sarat dengan nada perjuangan.Laungan takbir dan kalimah tauhid diulang-ulang membawa roh melayang berfantasi sebentar sebelum bahu ditepuk sahabat. Masha Allah, apa jua aturan langkah kaki ini adalah pilihan diri melalui taqdir Allah.
Setelah
diangkat menjadi pemimpin, kecendikiawannya ditumpukan sepenuh masa kepada
berdakwah secara eksplisit, atau “berpolitik dijalur dakwah”. Meskipun bidang
perjuangan sudah bertukar dan gaya berwacana menjadi pendakwah agama yang jelas,
namun ia tetap memerah keseluruhan tenaga intelektual, kekuatan ruhani,
keluasan semangat al-tasamuhnya dan ketinggian budipekertinya. Sesungguhnya
nilai-nilai pokok dari pandangan hidup Tawhid beliau – hidup kerana Allah
s.w.t, berjihad fi sabilillah, berpegang teguh kepada Al-Quran dan
Sunnah, mencari keredhaan Ilahi, bukan kepujian atau sanjungan manusia,
penghayatan al-taqwa dan al-akhlaq al-karimah dalam semua
urusan kehidupan, dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam di atas
segala kepentingan diri atau kelompok serta menjadi asas dan pendorong yang
sama, baik dalam bidang politik maupun dalam bidang dakwah praktis.
Sungguh,
saya menantikan detik bersejarah Malaysia dengan perUBAHan sistem politik yang
baru, adil dan saksama.
Sabda Nabi: 'Siapa yang
melihat kemungkaran, maka UBAH lah dengan TANGAN. Jika tak mampu, UBAH lah
dengan lisan. Jika tak mampu, maka dengan hati. Dan itu merupakan selemah lemah
iman' - (RiwayaMuslim)
Masa untuk memilih makin hampir. Jika sebelum ini kita pinggir diri dari memilih atau memilih untuk menolak dgn hati semata, ini kali kita ubah. Ayuh. Usaha ubah dengan tangan. Usaha ubah dengan secalit jari yang akan menjawab di Akhirat. Inshaallah. Moga Allah redha.
Masa untuk memilih makin hampir. Jika sebelum ini kita pinggir diri dari memilih atau memilih untuk menolak dgn hati semata, ini kali kita ubah. Ayuh. Usaha ubah dengan tangan. Usaha ubah dengan secalit jari yang akan menjawab di Akhirat. Inshaallah. Moga Allah redha.
No comments:
Post a Comment