Desas desus bahawa mereka berdua bakal mendirikan masjid
akhirnya terjawab jua. Sebagai insan yang dijemput pun mula menghitung hari,
apatah lagi orang yang bakal melewatinya. Saya berbesar hati berkampung
di daerah Seremban menanti detik bahagianya. Semua perasaan bercampur baur. Gembira,
syukur, terharu dan sedih.
Saya bertuah mengenali mereka
berdua sebagai sahabat jemaah yang dihormati. Kegigihan, kesabaran dan komitmen mereka dalam gerakan sejak dari alam
matrikulasi sehingga kini menjadi contoh pada diri saya dan adik-adik
seperjuangan.
Alhamdulillah, Allah telah
sempurnakan sebahagian iman mereka berdua melalui jalan ini. Dan kini sedang berusaha
memenuhi sebahagian iman yang lain. Mabrook alaikum Siti Fatimah Kamaruddin &
Muhammad Muizzuddin Mustaffa.
menunggu giliran..hehehee |
Gen 4 yang selamat daa... |
“Barakallahulakuma
wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan
tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin".
*****************************
Rumah
tangga itu adalah cerminan untuk melihat ummah. Setiap bata yang membentuk
binaannya, adalah hasil ‘air tangan‘ sebuah rumah tangga. Medan suami mendidik
isteri, gelanggang isteri memimpin suami, tempat ibu bapa mengasuh anak, dunia
anak-anak berihsan dengan ibu bapa. Semua itu adalah ‘dunia kecil’ yang Allah
anugerahkan kepada setiap kita untuk belajar membentuk manusia, sebelum
berjuang membina massa. Rumah itu medan pertama, sebelum ummah matlamat
besarnya.