"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (al-Baqarah : 183)
Ramadhan sudah masuk pertengahannya.Dari pengamatan saya,mengenali mereka yang dulu berbeda dengan yang kini. Sungguhpun, teman sendiri yang berubah apatah lagi artis-artis seperti Sham Kamikaze dan Amer turut sama berhijrah pada jalan yang baru. Sungguh saya terharu melihat mereka yang berubah ke arah kebaikan. Mereka menjadikan Ramadhan kali ini satu turning point yang bermakna.
Manusia boleh berubah dengan apa jua cara, disebabkan kerana apa jua keadaan yang berlaku.
Boleh jadi berubah kerana musibah.
Boleh jadi kerana dipimpin orang tersayang
Boleh jadi kerana tersedar sendiri dari lena yang panjang.
Boleh jadi kerana hati tersentuh oleh ayat-ayat Allah di dalam Quran.
Dan boleh jadi kerana barakahnya Ramadhan itu sendiri.
Namun,yang nyata, Allah jualah yang mengetuk pintu-pintu hati itu untuk berubah.
.......................................................................................................................................
Sesungguhnya Allah menyukai hamba-hambaNya yang bertaubat walau sejauh manapun mereka tersesat. Allah menanti taubat-taubat kita wahai sahabat.Tiada orang yang selalunya jahat...jahat itulah yang sebenarnya mendidik kita mengenal erti taubat.
Kita semua masuk Ramadhan dalam keadaan yang sama
tapi, natijahnya boleh jadi sangat-sangat berbeza
No comments:
Post a Comment