Monday, September 19, 2011

nota hati seorang kakak


Alhamdulillah, alhamdulilah Alhamdulillah..selaut kesyukuran di rafa’kan kehadrat Allah, Tuhan sekalian alam yang masih memberiku nafas untuk menimba ilmu di teratak tercinta ini. Menjengah semester baru sebagai pelajar tahun akhir dan sekaligus sebagai senior membuatkan diriku makin rasa terlalu naïf dengan ilmu. Kepada adik adikku yang sedang menjejakkan kaki ke alam kampus, ahlan wasahlan wamarhaban bikum. Mari, mari kita perbaharui niat, azam dan semangat yang jitu, mudah-mudahan amalan baik hasil dari madrasah Ramadhan yang lalu menjadikan kita makin kuat kecintaan pada Islam dan iman dan sentiasa dalam keistiqamahan dalam kebaikan.
Adik adik sekalian,
Kehidupan yang singkat ini merupakan perjalanan musafir yang menuju ke suatu destinasi yang tidak diketahui bilakah kita akan tiba kedestinasi tersebut. Memetik kata-kata Saidina Umar Absul Aziz, “ Sesungguhnya setiap perjalanan manusia mustahil tidak mempunyai bekal”. Justeru sediakanlah bekalan musafirmu itu semasa hidup di dunia untuk menempuh perjalanan akhirat. Memandang dirimu yang cekal menghayun langkah jauh dari mahallah ke kuliah membuatkan diriku terasa lebih malu. Sesungguhnya malaikat sedang berdoa pada Tuhan Rabbuljalil akan hamba-hambaNya yang berjihad dalam menuntut ilmu. Ah, aku terlalu kagum dengan kegigihan dirimu.
Kehidupan yang penuh pancaroba ini perlu ditempuhi dengan ilmu yang hak dan amal yang soleh. Tanpa ilmu dan akal, mana mungkin dapat membuahkan natijah yang baik sebagai bekalan untuk menemui Yang Maha Quddus.
Adik adik yang dikasihi,
Ingatlah, di samping kalian ditugaskan mengaut sebanyak mana ilmu, harus juga bertanggungjawab untuk memastikan tarbiah dan biah soleh dan solehah di sini terus subur dan mekar. Tugas dan amanah ini bukanlah suatu tugas yang boleh dipandang enteng oleh kita. Pupuklah rasa ukhuwah dan mahabbah sesama kita kerana ia merupakan asas dakwah kita dan kekuatan kita terletak di atas kesatuan hati dan fikiran kita.
Adik-adik yang dicintai,
Masih banyak ruang untuk kita memperbaiki diri kita dan merubah diri kearah yang lebih baik. Bukalah pintu hati kita untuk bermuhasabah dengan apa yang kita lalui sepanjang 20, 21 dan 22 tahun kita berada di bumi Allah yang luas ini. InshaAllah, keberkatan Allah bersama hamba-hambaNya yang sentiasa bermuhasabah.Akhirulkalam,”kehidupan ini hanyalah untuk tiga hari. Hari yang telah berlalu, maka tidak ada lagi kesempatan untuk kita mendapatkannya semula. Hari esok yang tidak kita ketahui , adakah bakal menikmatinya atau tidak. Dan hari serta saat dimana kita sedang berada di dalamnya. Oleh itu, manfaatkanlah hari di mana kita sedang berada di dalamnya sebaik-baiknya”.Maka rebutlah peluang yang baik UIAM sediakan pada kalian.

Monday, August 29, 2011

punya Cinta Ramadhan


" ya Allah, Inilah bulan Ramadhan yang didalamnya Engkau telah menurunkan al-Quran yang telah berlalu. Aku berlindung dengan kekuasaanMu yang mulia, wahai Pemilik fajar yang terbit dari malam-malamku dan pemilik bulan Ramadhan yang sudah berlalu ini. KepadaMu lah aku mengadukan kesalahan dan dosaku yang dengannya Engkau akan menyeksaku pada hari perjumpaan denganMu kelak.
Ya Allah janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan sia-sia semata. Ya Allah jadikanlah puasaku didalamnya mendapat hadiah pahala serta diterima sebagai amalan yang mendatangkan keredhaanMu.Serta dihubungkan cabang-cabangnya dengan pokok, dengna hak kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda yang suci"
...............................................................................
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar
Lailahaillahuwallahu akbar
Allahu akbar walillahi ilhamd
taqqabballhuminnawaminkum

Thursday, August 25, 2011

monolog iftar Ramadhan






petang Ramadhan itu
aku disuap beriani rindu
berulamkan sepinggan tawa, ceria, bahagia

Di sana engkau merasa
roti keras berinti sengsara
berkuahkan semangkuk air mata, luka, duka

lapar kita sama
puasa kita jauh berbeza

Maafkan aku,wahai Palestina
Maafkan aku, wahai Somalia
hari ini, itsar masih lagi tiada
hilang sudah bisikan cinta
yang tinggal cuma rintihan derita

....................................................................



Ramadhan, the best time for charity..
"The Messenger of Allah (pbuh) said : He who gives food for
a fasting person to break his fast, he will receive the same
reward as him, except that nothing will be reduced from
the fasting persons reward".
(Ahmad, At-Tirmidhee, Ibn Majah)



Thursday, August 18, 2011

peliharalah auratmu


Kalau kita nakkan sesuatu yang mahal dan istimewa begitulah Allah nak suruh kita pelihara aurat agar Nampak mahal dan istimewa. Kalau kita tak nak tercemar oleh debu, begitulah Allah tak nak aurat kita tercemar oleh pandangan kejahatan.

Tuesday, August 16, 2011

:: Subuh yang terakhir ::


"katakanlah : 'Aku tidak berkuasa mendatangkan mudharat dan tidak pula manfaat kepada diriku melainkan apa-apa yang dikehendaki Allah'.Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya walaupun sesaat dan tidak (pula) mendahulukanNya."
(yunus : 49)

Buat teman-temanku yang baru kehilangan insan tersayang, bersabar dan tabahkan dirimu. Biarlah arwah bersemadi dengan tenang seperti sepohon pokok yang menyenangkan hati tuannya selama ia hidup. Kita ini hanyalah buah yang bergantung kepadanya. Bila ia mati maka gugurlah kita. Tapi bila kita gugur, janganlah pula gugur untuk menjadi hancur. Biar kita menjadi buah yang gugur bersama benih yang baru yang akan tumbuh menjadi pokok yang baru. Kerana yang menghidupkan sebiji buah bukanlah pokoknya. Tetapi yang empunya adalah Allah.Sesungguhnya kita juga pasti menyusul langkah seperti mereka.

cukuplah mati itu sebagai peringatan

........................................................................................................................

young.old.faith
l.i.f.e i.s. s.h.o.r.t

~ kerana hati itu milik Allah ~



"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (al-Baqarah : 183)

Ramadhan sudah masuk pertengahannya.Dari pengamatan saya,mengenali mereka yang dulu berbeda dengan yang kini. Sungguhpun, teman sendiri yang berubah apatah lagi artis-artis seperti Sham Kamikaze dan Amer turut sama berhijrah pada jalan yang baru. Sungguh saya terharu melihat mereka yang berubah ke arah kebaikan. Mereka menjadikan Ramadhan kali ini satu turning point yang bermakna.

Manusia boleh berubah dengan apa jua cara, disebabkan kerana apa jua keadaan yang berlaku.
Boleh jadi berubah kerana musibah.
Boleh jadi kerana dipimpin orang tersayang
Boleh jadi kerana tersedar sendiri dari lena yang panjang.
Boleh jadi kerana hati tersentuh oleh ayat-ayat Allah di dalam Quran.
Dan boleh jadi kerana barakahnya Ramadhan itu sendiri.
Namun,yang nyata, Allah jualah yang mengetuk pintu-pintu hati itu untuk berubah.

.......................................................................................................................................

Sesungguhnya Allah menyukai hamba-hambaNya yang bertaubat walau sejauh manapun mereka tersesat. Allah menanti taubat-taubat kita wahai sahabat.Tiada orang yang selalunya jahat...jahat itulah yang sebenarnya mendidik kita mengenal erti taubat.

Kita semua masuk Ramadhan dalam keadaan yang sama
tapi, natijahnya boleh jadi sangat-sangat berbeza

Sunday, January 23, 2011

Doa ulangtahun ke 23


Ya Allah aku memohon kepadaMu jiwa yang tenang
yang beriman dengan pertemuan denganMu
redha dengan ketentuanMu
dan berasa cukup dengan pemberianMu


AMEEN

.........................................................................

Terima kasih Ya Allah, kerana Engkau telah memberiku nafas dan nikmat sejauh ini..tetapkan hatiku atas agamaMu, moga tetaplah aku menjadi orang yang beriman dan bersyukur padaMu hingga hujung kalimahku terukir namaMu..