Sunday, December 16, 2012

Murabbi Dalam Kenangan :(


"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan" (Al-Munafiqun:11)

Saya tak pernah betemu mata dengannya. Apa lagi melihat beliau secara zahirnya. Mengenali manusia sakti ini hanya lewat melalui facebook. Nasihat, teguran dan kata-kata semangat dari sang murabbi ini menjadi sumber kekuatan dan rujukan saya... Saya bercita-cita ingin bertemu mata dengan insan hebat ini. Saya ingin memberitahu bahawa saya mengagumi abah.Saya juga mahu mengambil manfaat dan nasihat dari abah.

Namun, sesungguhnya ajal maut itu semua ketentuan Tuhan. Lewat petang semalam saya menerima khabar abah sudah dijemput Ilahi. Innalillahiwainnailaihi rojiun..mudahnya air mata ini mengalir saat menerima berita kehilangan murabbi ini.. Hati saya sudah kehujanan. Sungguh saya tidak tahu kenapa saya terpukul dengan kehilangan abah Zahidin.

Abah Zahidin Mahmood..

Mudah mesra membahasakan diri sebagai abah.. Sosok batang tubuh ini banyak mencurahkan jasa dalam perjuangan ABIM Kelantan. Karya lagu “Teman Sejati” yang didendangkan oleh Brothers antara sumbangan abah..Murabbi yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam perjuangan walau sakit bertandang.Abah kerap menangis ketika mengisi program kerohanian kepada anak-anak sekolah. Tangisan abah adalah tangisan pengharapan.Sepanjang hidup, abah walaupun zahirnya tidak dapat menghadiri program sejak sakit, tetapi hatinya tetap hadir bersama perjuangan. masih memberi nasihat, menyampaikan pesan,teguran dan mngirim salam.

Ah,saya teringat memori presiden ABIM,cikgu Amidi membaca sajak kiriman abah yang penuh dengan perjuangan dalam muktamar tempoh hari..

Barangkali abah sudah merasakan akan pengakhiran kehidupan dengan tulisan terakhirnya minggu lepas:

“Sejak mutakkir ini abah rasa pelik ramai sahabat telah diuji oleh Allah swt dengan kematian orang-orang tercinta mereka..Lebih2 lagi Jamaah yang kehilangan aktivis yang banyak berjasa kepada Islam....

Agaknya TAMRIN BARZAH ini akan menimpa setiap orang-orang beriman dan bertakwa.Insya-Allah SABAR menghadapinya, kerana syahid menunggu anda di sana......Wassalam”

abah Zahidin (ditengah) ketika belia


Abah Zahidin Mahmood

Abah kerap menangis ketika mengisi slot kerohanian dalam program.

Bersama zaujah tercinta yang sentiasa memberi sokongan

3 hari terakhir sebelum abah dijemput Ilahi. Abah kepenatan sehingga tertidur di tikar sejadah setelah pulang menerima rawatan dari Klinik.


Allahummagfirlahu warhamhu, wa’afihi wa’fuanhu..

Abah Zahidin dalam kenangan..

pastinya saya merindui celoteh abah selepas ini..

Semoga Abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh.Amin

Sesungguhnya kita juga bakal menyusul seperti abah. Dan kita yang masih diberi nikmat kesihatan,perlu menyambung misi perjuangan dan harapan arwah abah.


Al Fatihah
2 safar 1434H

**************************************************

Kepimpinan adalah satu amanah dari Allah SWT. Amanah ini hendaklah dipikul secara jujur, ikhlas dan dedikasi, tidak kira lelaki atau perempuan. Generasi muda adalah pewaris kepimpinan negara di masa depan. Di samping cemerlang dalam pendidikan, mereka juga harus cemerlang dalam aspek kepimpinan dan jatidiri. Lebih-lebih lagi sepertimana yang dituntut oleh agama Islam ~ Abah Zahidin Mahmood


Thursday, December 6, 2012

Lesson from them

kem Jambori Remaja Islam 2012



"kakak, saya ada teka teki, apa beza lutut ayam dengan lutut manusia?"

Ah, hati sudah terdetik, jika jawapan yang ada pasti dipermain-mainkan.Sudah banyak saya ditipu dengan teka-teki yang tidak masuk akal.Paling tidak pun jawapan saintifik yang boleh diterima akal.

"jawapannya nanti mesti yang bukan-bukan kan?" saya menduga

Dia tersenyum sumbing.Mengangguk pun tidak.Mengeleng pun tidak.

"Ayam ada lutut ke?"

Dia tersenyum lagi

Sudah saya duga riak mukanya. Tetapi saya tidak mahu mengalah.Harus dijawab

"Emm,lutut ayam tak ada patella, lutut manusia ada patella (tempurung lutut)" Jawab saya ragu-ragu.

"Wah saintifiknya!Salah"

"Sebenarnya ayam tak berlutut,manusia ada lututkan?"

"Lagi salah.Mahu tahu jawapannya?"

"Ini mesti jawapan yang bukan-bukan kan?"

Dia tersenyum lagi.

"Lutut ayam tu Allah jadikan untuk ayam mengeram telur. Allah kurniakan lutut pada kita untuk sujud pada-Nya. Bayangkan kalau kita tak ada lutut,bagaimana mungkin kita dapat bersujud dan beribadah pada-Nya. Itulah hikmah disebalik kejadian ciptaan Allah yang membezakan kita dengan haiwan lain.Maka bersykurlah"

Dush.Adeh! Muka saya sudah merah padam. Wahai Wan Najihah, ini Jambori Remaja ISLAM.Masakan kamu lupa ya!Saya sudah menahan malu.

Pengajarannya, jangan sekali berprasangka yang bukan-bukan.Kedua, apa jua persoalan seharusnya kaitkan dengan Pencipta.Sesunggunya persoalan yang diutarakan mengandungi pengajaran dan hikmah. Ketiga,kadang-kadang (banyak jugak) kita banyak belajar dari adik-adik dan orang sekeliling.Jadi kena sedia untuk belajar,diajar dan mengajar.Terima kasih adik!

...................................................................................................

pagi itu sedang membasuh ayam, saya masih membelek kaki ayam.Benarkah ayam ini berlutut?




sedia untuk belajar, diajar dan mengajar
Kem Jambori Remaja Islam 2012
Pusat Pertanian Sg Sudah Muar Johor
30 Nov-2 Dis 2012