Thursday, December 6, 2012

Lesson from them

kem Jambori Remaja Islam 2012



"kakak, saya ada teka teki, apa beza lutut ayam dengan lutut manusia?"

Ah, hati sudah terdetik, jika jawapan yang ada pasti dipermain-mainkan.Sudah banyak saya ditipu dengan teka-teki yang tidak masuk akal.Paling tidak pun jawapan saintifik yang boleh diterima akal.

"jawapannya nanti mesti yang bukan-bukan kan?" saya menduga

Dia tersenyum sumbing.Mengangguk pun tidak.Mengeleng pun tidak.

"Ayam ada lutut ke?"

Dia tersenyum lagi

Sudah saya duga riak mukanya. Tetapi saya tidak mahu mengalah.Harus dijawab

"Emm,lutut ayam tak ada patella, lutut manusia ada patella (tempurung lutut)" Jawab saya ragu-ragu.

"Wah saintifiknya!Salah"

"Sebenarnya ayam tak berlutut,manusia ada lututkan?"

"Lagi salah.Mahu tahu jawapannya?"

"Ini mesti jawapan yang bukan-bukan kan?"

Dia tersenyum lagi.

"Lutut ayam tu Allah jadikan untuk ayam mengeram telur. Allah kurniakan lutut pada kita untuk sujud pada-Nya. Bayangkan kalau kita tak ada lutut,bagaimana mungkin kita dapat bersujud dan beribadah pada-Nya. Itulah hikmah disebalik kejadian ciptaan Allah yang membezakan kita dengan haiwan lain.Maka bersykurlah"

Dush.Adeh! Muka saya sudah merah padam. Wahai Wan Najihah, ini Jambori Remaja ISLAM.Masakan kamu lupa ya!Saya sudah menahan malu.

Pengajarannya, jangan sekali berprasangka yang bukan-bukan.Kedua, apa jua persoalan seharusnya kaitkan dengan Pencipta.Sesunggunya persoalan yang diutarakan mengandungi pengajaran dan hikmah. Ketiga,kadang-kadang (banyak jugak) kita banyak belajar dari adik-adik dan orang sekeliling.Jadi kena sedia untuk belajar,diajar dan mengajar.Terima kasih adik!

...................................................................................................

pagi itu sedang membasuh ayam, saya masih membelek kaki ayam.Benarkah ayam ini berlutut?




sedia untuk belajar, diajar dan mengajar
Kem Jambori Remaja Islam 2012
Pusat Pertanian Sg Sudah Muar Johor
30 Nov-2 Dis 2012




No comments:

Post a Comment