Barangsiapa yang beribadat kerana Ramadhan, sesungguhnya
Ramadhan meninggalkan kita tetapi barangsiapa beribadat kerana Allah, ingatlah
Allah sentiasa bersama-sama kita. Pesan khatib hari ini benar menyentuh
dhamir yang paling dalam.
pabila khatib menyeru sidang jumaat bertaqwa dengan
sebenar-benar taqwa saya tidak dapat menahan bendung air mata. lacrima gland terus pecah.
Saya masih menghitung diri. Apakah marhalah ini sudah
dicapai?
sesungguhnya, Ramadhan adalah madrasah mencari taqwa.
hari jumaat, penghulu segala hari. Bertambah mulia dengan kehadiran ramadhan dan keberadaan di sepuluh malam terakhir.Begitu bersungguh khatib berpesan supaya memburu lailatul
qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Usai solat jumaat mushaf agung kutarik perlahan dari para,
berkira-kira menyambung juzuk berbaki ramadhan tahun ini.
Bismillah,lembaran pertama Surah al Dukhan.
Subhanallah wabihmadihi, subhanallahal azim.
Allah Allah. Air mata kembali tumpah basah sesampai ayat ke
3
Jumaat terakhir ramadhan tahun ini.
Taraweh terakhir bersama Imam Mesir ini
Mabit terakhir di masjid Sultan Ismail
…dan memburu taqwa kerana mengharap maghfirah dan redha
Allah tak akan berakhir
Lailatul qadar segala-galanya bukan matlamat. Ia adalah alat
untuk mencapai taqwa.
Sesungguhnya,kita adalah musafir dunia yang mengembara mencari
secangkir cinta Pencipta yang dirinduinya. Mudahan nilai taqwa yang dicapai tidak akan poros pabila berakhirnya madrasah Ramadhan ini.
No comments:
Post a Comment