Medan Rabaah
merupakan sebuah potret yang menceritakan tentang perjuangan ibu yang
kehilangan anaknya. Isteri yang kehilangan suaminya. Rakyat yang kehilangan Presidennya.
Manusia yang kehilangan haknya. Undang - undang yang kehilangan legitimasinya.
Demokrasi yang kehilangan identitinya.
Ini kisah
tentang manusia, darah, dan air mata. Tentang kegagalan kuasa dunia berbicara
tentang keadilan dan hak asasi manusia.
Di saat getir berlaku kini di Mesir, suka saya berkongsi pandangan seorang anak muda (pelajar perubatan di Universiti Iskandariah) yang menyaksikan momen-momen yang mendebarkan di Mesir, beliau melihat sisi pandang dari kaca mata anak muda yang semestinya berjiwa besar, jelas visi dan misi, jelas fikrah dalam menyokong kebenaran dan keadilan, jelas apabila melihat pertembungan demi pertembungan di antara haq dan kebatilan.
Teringat antara mata-mata keramat al Syahid Sayyid Qutb, pertembungan akan sentiasa berlaku, "al sira' al mustamir" sebagai suatu realiti yang sentiasa berlaku di setiap zaman tanpa henti, rakaman Qasas al Anbiya' juga memandu para penyokong kebenaran untuk kekal yakin dengan janji-janji Allah bahawa kebenaran sentiasa bangkit sekalipun di injak-injak di tapak kaki para penzalim.
Dari kejauhan, titipkan doa dan munajat kita untuk sama-sama menyokong ikhwanuna fi Misr, luka mereka luka kita juga, derita mereka, kita juga merasai kesakitannya.
Ayuh syabab!
Tingkatkan doa qunut nazilah buat mujahidin di Mesir.
Ya Qahhar Ya
Jabbar Ya Muntaqim.
DI SEBALIK PELURU-PELURU HIDUP
Sejarah hari ini melihatkan satu detik
paling pilu yang di pamerkan di mata dunia.Bertalu-talu info yang dirakamkan
mengenai serangan yang dilakukan pihak tentera Mesir,pihak polis serta
kumpulan-kumpulan samseng yang menyerang kumpulan Pro-Mursi. Kelihatan isu ini
menjadi perhatian oleh semua-ramai yang mengatakan
kepiluan,kesedihan,kebencian,kemarahan terhadap apa yang berlaku kepada
mereka.
Hati ini juga tidak dapat diterjemahkan
ertinya.Detik-detik masa yang dilalui ketika di Mesir membuat saya perlu
menghadami betul-betul erti sebuah peristiwa dan momen-momen yang berharga
mendampingi masyarakat setempat di Mesir.
Saya lebih tercetus untuk membualkan
praktikaliti dalam menyambut sesebuah peristiwa.Ianya bukan mainan status
kesedihan,mahupun ekpresi kemarahan semata-mata,namun ianya adalah sebuah
episod kesedaran bagi mereka yang menyaksikan.
PELAJARI ERTI PERSEDIAAN/PERSIAPAN
Cerita -cerita yang berlaku di Mesir membuktikan setiap hidup kita memerlukan persediaan yang rapi dalam menempuh pelbagai rintangan. Pengertian
'persediaan' hanya difahami bagi mereka yang sedar dan juga mempunyai
agenda yang jelas dalam hidup. Saya lebih cenderung untuk memperuntukkan
nota ini kepada para pemuda yang dasarnya mereka inilah mengukirkan
episod-episod berharga dalam menjayakan banyak misi perjuangan (seperti juga berlaku di Mesir yang rata-ratanya digerakkan oleh tenaga pemuda)
Menjadi seorang pemuda yang hebat, mereka
perlukan persedian yang berterusan sebelum mereka bertempur. Kita ratapilah diri
kita sejauh mana kita mampu bersedia seperti pemuda-pemuda di
Raba’ah,Suez,Mansurah,Iskandariah dalam menghadapi bebanan ini.Hampir 1 bulan
mereka berkumpul untuk menyatakan perjuangan mereka.Pemuda-pemuda ini sudah
bersedia menempuh sebarang kemungkinan hatta nyawa sekalipun.
Pemuda-pemuda ini bermula dengan
mencacakkan agenda hidup mereka untuk mengangkat kalimah Allah di muka bumi
ini,lantas mereka menolak segala sisa-sisa nafsu mereka daripada segala
sampingan-sampingan yang melalaikan.Mereka tidak berjam-jam mengabiskan masa
untuk bergaming,facebook,menonton filem,drama,berfantasi jenin,bercakaran hujah
sisipan ataupun melontarkan angan-angan dalam dengkuran mimpi- kerana mereka
ingin buktikan praktikaliti sebuah perjuangan hakiki adalah melalui persedian
fikiran/fahaman yang jelas,diri yang segar serta hati yang bersih dalam
kerangka untuk menjadi seorang syuhada yang dipilih Allah.
Ayuh kita benamkan nota-nota
persedian/persiapan ke dasar bumi agar omongan kita adalah omogan syahadah yang
hakiki.Jadilah pemuda yang sedar akan serangan musuh yang melupakan kita dengan
identiti sebagai seorang yang bergelar hamba yang mempunyai risalah Allah tuhan
yang ESA.
PELAJARI ERTI PERTEMBUNGAN
Pertembungan akan sentiasa berlaku dalam diri kita. Ketika ingin menyebut erti persiapan, kita bakal mengharungi satu pertembungan sengit antara kehendak diri dan kehendak Allah. Ianya akan terus berlaku. Di sini teruji di mana kekuatan kita sebenarnya. Sifat pertembungan ini juga terlakar dalam episod perjuangan. Kebenaran akan sentiasa bertembung dengan kemungkaran/kejahatan.
Agenda Islam /risalah Allah pasti akan
bertembung dengan mana-mana ideologi perjuangan selain
daripadanya.Pembuktiannya di dalam sirah perjuangan Ar-Rasul sehinggalah
kini.Detik-detik ini,saya melihat kesan-kesan pertembungan itu berlaku di
Mesir.Mereka yang berada antara pertembungan ini merupakan tapisan automatik
oleh Allah yang dipengakhirannya menemukan hanya 2 kumpulan iaitu Haq dan
Batil. Sudah tentu yang membawa panji Islam secara jelas dan tanpa kesamaran
yang bercampur-baur daripada sempadan sekular,sosialis,liberalis serta
kesongsangan akidah merupakan mereka yang benar dan Haq.Maka selebihnya adalah
mereka yang cuba memadamkan cahaya-cahaya Allah dengan tangan-tangan mereka
sendiri.
Saya mengambil satu lintasan yang saya
pegang dan yakini dari dulu sehingga sekarang bahawasanya dalam kita ikhlas
berjuang kita akan berjumpa dengan pelbagai medan dan lapangan,ada mungkin
ianya berlainan dengan cara kita,namun yakinilah bahawa pada hujungnya kita
akan dilengkapkan oleh Allah dalam saf yang satu.Maka peliharalah ikhlas
kita,lapangkan dada,optimis serta kita berdoa agar dijauhkan oleh Allah daripada
kita tertapis daripada saf-Nya.Di situlah pertembungan sebenarnya akan berlaku.
PELAJARI ERTI KEMENANGAN
Saya pernah bertanya kepada seorang teman, adakah Ikhwan Muslimin akan menang suatu hari nanti? Dia tersenyum lantas menjawab, " Insha Allah, kemenangan Allah itu dekat". Sesungguhnya tiada erti kemenangan bagi seseorang hamba itu selain dia memerdekakan dirinya daripada hawa nafsu yang membataskan gerak-geri kita.
Hakikat kemenangan sebenarnya bukanlah
bererti berjayanya menawan sesebuah negara ataupun telah membunuh beratus-ratus
ribu orang.Kejayaan dan kemenangan sebenarnya ialah bagaimanakah kita sedari
bahawa kita adalah sebagai hamba yang berusaha dengan kemampuan yang kita ada
dalam menjadi seorang yang benar-benar mengangkat kalimah Allah dalam diri
kita,keluarga kita seterusnya anggota masyarakat kita.
Ingatlah kita bukan penentu kemenangan
kerana hujan kemenangan bukanlah hasil ramalan kita namun adalah kuasa Allah
yang melimpahkan kepada kita setelah kita mengauli kesabaran dan istiqomah
dalam perjuangan ini.
Maka inilah bingkisan nota untuk sama-sama kita menghadiahkan diri
kita kepada seluruh Muslimin di dunia dengan melakukan anjakkan iman dan taqwa
dalam diri kita
"Allahummansuril islamawal muslimin fi masr,suria wa falestin wafikullimakan wafikullizaman"
"Allahummansuril islamawal muslimin fi masr,suria wa falestin wafikullimakan wafikullizaman"
Wallahualam
Abdul Rahman D 2013
Keamanan di Malaysia kian tercalar dengankejadian tembak-menembak mutakhir ini. Wirid
keselamatan bekalan dari tamrin qiyadi tempoh hari menjadi teman setia disaat
ini. Moga istiqomah untuk dibaca setiap kali usai mathurat. Hasbunallah
wani'mal wakeel, Ni'mal Mawla Wani'man Nashir. Cukuplah Allah menjadi Penolong
kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.Dialah sebaik-baik Pelindung dan
sebaik-baik Penolong.