Thursday, October 11, 2012

Bergraduasilah dengan penuh rasa tawaddu' dan rendah diri kepada ilmu

Dada terasa sebak, mata dibaluti rekahan kaca dan jiwa terasa bergelora saat surah al-alaq dialunkan oleh Qari dari IRKS itu..Aku jua pasti qari itu merasai getaran hati yang sama..bertambah sebak pabila lagu UIAM dinyanyikan bersama-sama..Terlalu dalam maksud yang ingin disampaikan.

Allahu Allah apalah nilai sebuah graduasi ini andai ilmu tidak dipraktikkan dan disebarkan pada Ummah.
Benar...
Gelaran mahasiswa bukan sebarang gelaran. Di dalamnya tersembunyi nilai akal yang tinggi dan nilai budi yang insani. Dengan akal yang tajam mereka dapat menilai menggunakan hikmah dan dengan lidah yang mahir mereka dapat berbicara bahasa ummah...


Wahai anak muda....Kalian adalah milik ummah dan kepada ummahlah harus berbakti. Kalian adalah pembawa amanah, amanah itu amat berat, jangan sekali-kali ia dikhianati. Tenaga muda usah dipersia kerana ia tidak akan datang buat kali kedua. Kejarlah masa, usah menunggunya kerana masa itu sentiasa berlari dan tidak akan pernah menunggu kita

Salam graduasi kepada sahabat-sahabat seperjuangan..Terima Kasih Allah menempatkan aku selama 6 tahun di taman ilmu dan budi ini..sesungguhnya, tarbiyyah, biah soleh dan solehah dan perjuangan ilmu ini pasti akan kurindui sampai bila2..

No comments:

Post a Comment