"Dan (ingatlah), Allah tidak
sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa)
apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala
yang kamu kerjakan" (Al-Munafiqun:11)
Saya tak
pernah betemu mata dengannya. Apa lagi melihat beliau secara zahirnya.
Mengenali manusia sakti ini hanya lewat melalui facebook. Nasihat, teguran dan
kata-kata semangat dari sang murabbi ini menjadi sumber kekuatan dan rujukan saya...
Saya bercita-cita ingin bertemu mata dengan insan hebat ini. Saya ingin
memberitahu bahawa saya mengagumi abah.Saya juga mahu mengambil manfaat dan
nasihat dari abah.
Namun,
sesungguhnya ajal maut itu semua ketentuan Tuhan. Lewat petang semalam saya menerima khabar
abah sudah dijemput Ilahi. Innalillahiwainnailaihi rojiun..mudahnya air mata
ini mengalir saat menerima berita kehilangan murabbi ini.. Hati saya sudah
kehujanan. Sungguh saya tidak tahu kenapa saya terpukul dengan kehilangan abah
Zahidin.
Abah Zahidin
Mahmood..
Mudah mesra membahasakan diri sebagai abah.. Sosok batang tubuh ini banyak mencurahkan jasa dalam perjuangan ABIM Kelantan. Karya lagu “Teman Sejati” yang didendangkan oleh Brothers antara sumbangan abah..Murabbi yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam perjuangan walau sakit bertandang.Abah kerap menangis ketika mengisi program kerohanian kepada anak-anak sekolah. Tangisan abah adalah tangisan pengharapan.Sepanjang hidup, abah walaupun zahirnya tidak dapat menghadiri program sejak sakit, tetapi hatinya tetap hadir bersama perjuangan. masih memberi nasihat, menyampaikan pesan,teguran dan mngirim salam.
Ah,saya
teringat memori presiden ABIM,cikgu Amidi membaca sajak kiriman abah yang penuh
dengan perjuangan dalam muktamar tempoh hari..
Barangkali
abah sudah merasakan akan pengakhiran kehidupan dengan tulisan terakhirnya
minggu lepas:
“Sejak mutakkir ini abah rasa pelik ramai sahabat telah diuji
oleh Allah swt dengan kematian orang-orang tercinta mereka..Lebih2 lagi Jamaah
yang kehilangan aktivis yang banyak berjasa kepada Islam....
Agaknya TAMRIN BARZAH ini akan menimpa setiap orang-orang beriman dan bertakwa.Insya-Allah SABAR menghadapinya, kerana syahid menunggu anda di sana......Wassalam”
Agaknya TAMRIN BARZAH ini akan menimpa setiap orang-orang beriman dan bertakwa.Insya-Allah SABAR menghadapinya, kerana syahid menunggu anda di sana......Wassalam”
abah Zahidin (ditengah) ketika belia |
Abah Zahidin Mahmood |
Abah kerap menangis ketika mengisi slot kerohanian dalam program. |
Bersama zaujah tercinta yang sentiasa memberi sokongan |
3 hari terakhir sebelum abah dijemput Ilahi. Abah kepenatan sehingga tertidur di tikar sejadah setelah pulang menerima rawatan dari Klinik. |
Allahummagfirlahu
warhamhu, wa’afihi wa’fuanhu..
Abah
Zahidin dalam kenangan..
pastinya saya merindui celoteh abah selepas ini..
Semoga Abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh.Amin
Sesungguhnya
kita juga bakal menyusul seperti abah. Dan kita yang masih diberi nikmat
kesihatan,perlu menyambung misi perjuangan dan harapan arwah abah.
Al
Fatihah
2
safar 1434H
**************************************************
Kepimpinan
adalah satu amanah dari Allah SWT. Amanah ini hendaklah dipikul secara jujur,
ikhlas dan dedikasi, tidak kira lelaki atau perempuan. Generasi muda adalah
pewaris kepimpinan negara di masa depan. Di samping cemerlang dalam pendidikan,
mereka juga harus cemerlang dalam aspek kepimpinan dan jatidiri. Lebih-lebih
lagi sepertimana yang dituntut oleh agama Islam ~ Abah Zahidin Mahmood