Friday, October 29, 2010

~ bila Qalam berbicara ~


mata pena ini kembali berbicara
berbicara dengan rasa cinta
setelah lama diam seribu bahasa
inshaAllah akan hadir memberi rasa
memberi makna
kepada insan-insan
dalam sebuah kehidupan


teringat akan puisi seorang teman...


Bila engkau menulis
menulislah dengan cinta
kerana di situ terbit sebuah kuasa
kerana bila cinta telah tiada
penapun kaku
tiada lagi berkata-kata
akal membeku
jiwa tak mampu merasa


Dan engkau mula meminta supaya cinta kembali
supaya engkau dapat menulis lagi


Dan engkau pun mula berkata-kata
Berbahagialah manusia yang dihatinya punya cinta


benarlah...walaupun bukanlah titisan darah yang mengalir pada bilahan mata pedang diwaktu perang,
hanya titisan dakwat dari sebatang pena,
namun ianya tetap akan berharga dan bernilai di sisi Allah jika segala-galanya untuk
FISABILILLAH

menulislah dengan rasa cinta

......................................................................

Bukankah Allah taala juga menulis QalamNya dengan rasa cinta?

" Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan" (Al-Qalam 68 : 1)

No comments:

Post a Comment