" Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat. Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah" (Petikan Syair Imam Al-Syafie)
Entry kali ini saya tidak mahu berbicara panjang. kerna sudah banyak orang memperkatakan yang baik akan insan istimewa ini. Saya cuma mengajak diri dan pembaca budiman, mencontohi al syaheed ini.Tidak seratus peratus sepertinya tidak apa, yang penting perjuangkan dan luaskan skop dakwah semaksimum mampu.Yang penting ikhlas.
bagi yang belum, sedang, ingin lebih tahu mengenalinya, Like page Ammar :https://www.facebook.com/letsfollowammar?ref=br_tf
Kita tidak berpisah Ahmad Ammar,kita hanya sedang
mempersiapkan satu pertemuan yang kekal
**************************
LDK pertama saya tersentak dengan pertanyaan adik naqibah " Macam mana akak boleh istiqomah buat kerja dakwah ni sampai sekarang? sedang setahu saya, makin tinggi belajar makin tak ada masa dengan hal ini?"
Maaf dik, Akak tiada jawapan untuk persoalan ini. Yang menjadi kebimbangan, apakah terus diri ini menjadi istiqomah untuk jalan dakwah ini. Hanya Allah saya mohon kekuatan.Ikhlas.Usaha.Redha.Tawwakkal. Dan saya fikir, catitan terakhir as-syaheed Ahmad Ammar,tepat mengenai jantungku.
Tamrin Nuqoba' SMSSI
15-17 Nov 2013
Tanjung Resang, Endau.