Setiap kali sambutan hari guru,Ustazah Suryani
adalah orang pertama yang terlintas diminda saya. Rasanya tidak lengkap
sambutan hari guru jika tidak menyampaikan ucapan penghargaan pada beliau. Saya begitu mengkagumi sosok peribadi dan tunjuk ajar
beliau, dan kerana itulah kecintaan saya pada bahasa Arab tinggi sehingga kini
tidak pernah pudar. Bahkan saya merindui memperbaharui bahasa syurga ini. Penekanan nilai dan matlamat hidup ketika
dibangku menengah, banyak mencorakkan perjalanan hidup saya sekarang.
Pendedahan pada usrah (walau hakikatnya saya tidak mengerti ketika itu),
penekanan pada kepentingan mathurat , zikir dan solat jemaah, ‘paksaan’
menyertai musabaqah hafazan dan tarannum al Quran, dan nasihat-nasihat yang baik
banyak mempengaruhi watak dan sikap saya. Khabarnya, sejak Ustazah Suryani
dipindahkan ke sekolah baharu, SMA Maarif sudah hilang taringnya, lebih lebih
lagi pengawasan disiplin asrama yang semakin longgar.
Maka
hari ini, dengan izin-Nya saya turut merasai nikmat menjadi guru. Kadangkala
cuba-cuba meniru perwatakan Ustazah Suryani. Profesion ini diisi dicelah ruang
kesibukan menyiapkan pengajian dek kerana kerinduan kepada program berbentuk
kebaktian sejak di alam kampus, apalagi melibatkan kanak-kanak. Keletah anak
murid yang mencuit hati dan adakalanya menuntut kesabaran dan
pertanyaan-pertanyaan yang diluar jangkaan telah menjentik semangat untuk mengorak
langkah lebih jauh dalam menggapai profesion sebagai pendidik bangsa.
Profesion
perguruan adalah sangat mulia dalam Islam. Hakikatnya, guru bukan hanya
berperanan sebagai medium penyalur ilmu dan mendidik akal pelajar, bahkan lebih
penting daripada itu melahirkan generasi berakhlak, bepekerti mulia,
berperibadi mulia dan bertamadun. Profesion ini juga menjadi salah satu bonus
sebagai wasilah untuk beramal selaras dengan hadis berikut:
“
Apabila mati seorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga
perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh”
(Diriwayatkan
oleh Abu Hurairah)
Saya
tertarik dengan saranan seorang penulis dalam artikel yang bertajuk "Mantapkan Profesion perguruan dengan Hayati Prinsip Hisbah". Barangkali artikel ini ditulis atas kesedaran senario yang berlaku kini apabila profesion perguruan kian tercalar dengan pelbagai insiden memalukan yang terpampang di media. kalau dahulu salah laku pelajar sering dibicarakan, namun kini guru pula seolah-olah mengambil tempat dengan kesalahan dan perlakuan yang menjatuhkan kredibiliti perguruan.
Hisbah bermaksud tindakan pengawasan yang disyariatkan Allah swt menerusi seruan amal ma'ruf dan nahi munkar. Konsep hisbah lahir dari fahaman rasa tanggungjawab kejujuran dan keadilan individu. Prinsip ini bermula dengan pengawasan dalaman yang dikenali sebagai muhasabah al-nafs. Pengawasan dalaman terhadap diri sendiri yang timbul daripada kesedaran bahawa Allah swt sentiasa mengawasi setiap pergerakan manusia dan segala amalan diperhitungkan dan dibalas diakhirat kelak. Dengan penghayatan berterusan terhadap prinsip ini, etika ini secara tidak langsung dapat menerapkan sifat takwa. Pengawasan luaran adalah komponen terdiri daripada masyarakat dan institusi rasmi daripada jentera kerajaan. Pengawasan ini bertindak secara praktikal kerana ia melibatkan pemerhatian dan pengawasan rasmi. Kedua-dua pengawasan ini menjamin keadilan dan melengkapi antara bentuk pengawasan dalaman dan luaran.
Aplikasi muhasabah al nafs sangat disarankan supaya dapat mendisiplinkan diri terlebih dahulu sebelum melaksanakan pengawasan terhadap masyarakat. Tingkatan muhasabah al nafs terdiri daripada 6 tahap iaitu musyaratah (keazaman melalui ikatan hidup), muraqabah (berwaspada dengan penyakit rohani), mu'aqabah (penilaian terhadap usaha dilakukan), mujahadah (berjuang bersungguh-sungguh dijalan Allah tanpa rasa gentar kerana mengharap redha Allah) dan mu'atabah (proses mengkritik diri sehingga melahirkan kekesalan terhadap kesalahan dilakukan).
Muhasabah adalah kunci utama kepada proses perjalanan dan pembaharuan kerohanian diri. Tahap musyaratah dan muraqabah pula adalah langkah persediaan diri, seterusnya tahap mu'aqabah dan mu'atabah berperanan sebagai langkah penilaian dan pemurnian diri. Akhirnya, mujahadah adalah cerminan kegigihan seseorang untuk terus berusaha memupuk pembinaan ke atas muhasabah al-nafs.
kesimpulannya, jika prinsip hisbah ini dapat dihayati dan diterapkan secara istiqamah dalam diri setiap guru, insha Allah mereka akan ikhlas menyampaikan ilmu dan berusaha untuk tidak terbabit dalam salah laku yang boleh mencemarkan imej profesion perguruan. Guru mestilah mencerminkan dalam dirinya keselarasan, keseimbangan dan keharmonian ilmu dan amal agar menjadi pendidik yang berkualiti.

***********************************
"We
all grew up with A is for Apples, but sometimes we forget to instill in
our children that A is for Allah (swt) and everything starts with Him"