Sunday, June 8, 2014

Jatuh


teruntuk
jiwa kecintaan
jodohnya kita, atas do'a-do'a yang diijabahkan Tuhan

jazakallah untuk cinta itu

Jadi Tuhan, jika aku tengah jatuh pada cinta yang baik
maka izinkanlah aku jatuh cinta selamanya

Friday, April 4, 2014

Nikmat Sebuah Pinjaman


Aliemran, saya memang hanya pinjaman untuk seorang Wan Najihah. Dan seorang Wan Najihah juga adalah yang dipinjamkan oleh Allah untuk seorang Aliemran. Kita adalah yang dipinjam semuanya, dan kerana itulah kita akan terus mengasihi dan menyayangi apa yang dipinjamkanNya ini.


.....dan kerana itulah juga kita akan lebih cinta kepada Yang Maha Agung! Yang meminjamkan kepada kita semua ini..

jangan dikasihi saya dengan kasih sayang melebihi dari apa yang sepatutnya. Dan saya tahu, Aliemran tidak akan melakukan begitu kepada saya kerana saya yakin cinta Aliemran melebihi cinta kepada Sang Pencipta.Cinta itu adalah lebih kukuh dan dalam.

Hanya satu saya pinta, kasihilah saya untuk hidup aman di dunia dan untuk bahagia dan kekal di akhirat. kasihilah saya kerana saya memerlukan itu untuk merasa bahagia.


Baitul Muslim pemangkin keluarga sakinah. Ketika cinta bertasbih, terdengar alunan ayat-ayat cinta mengulitkan jiwa untuk sujud kepada Yang Esa, membawa hati mengenal erti seorang hamba kepadaNya. Taqdir cinta semakin bersemi,padamu kubersujud ya Ilahi, dalam tahajjud cinta kuiiringi.




********************

Binalah keluarga yang berpaksikan umat dan akhirat , Insha Allah anda akan berjaya di dunia dan akhirat ~ Tuan  Haji Ahmad Azam Ab Rahman




" Ya Allah satukanlah hati hati kami. satukanlah hatiku dan suamiku,Aliemran dalam cahaya kasih sayangMu Ya Allah. Tunjukkanlah kepada kami jalan jalan keselamatan dan selamatkan kami dari kegelapan menuju cahayaMu ya Allah. Ya Allah, kukuhlah cinta di antara kami. Jadikanlah rumahtangga kami rumah tangga sakinah, mawaddah warahmah.Kuatkan kami dalam menghadapi cabaran baik yang tampak atau yang tidak tampak. Ya Allah jagalah keimanan, Islam dan keikhlasan dalam perjuangan dakwah  dan beribadah kepadaMu. Ameen ya Rabbal 'Alamin"



Moga dalam redha Allah
23 Mac 2014
21 Jamadil Awal 1435H

Wednesday, February 26, 2014

Mitsaqan Ghalidza



Perkahwinan itu adalah mitsaqan ghaliza, iaitu ikatan perjanjian yang sangat kukuh.
Maka apa yang disatukan Allah sewajarnya tidak putus .Ia kukuh kerana diikat oleh 3 perkara:

mawaddah

rahmah

amanah

kalau mawaddah putus, masih ada rahmah

kalau rahmah putus, masih ada amanah

Memang kalau hidup tanpa amanah, maka perut bumi lebih baik bagi yang bersangkutan dari permukaannya.

Maka 3 tali temali ikatan perkahwinan itu kemudian diikat dengan kalimah ALLAH

Junjungan mulia Nabi Muhammad SAW bersabda : " Berbaik-baiklah kepada pasanganmu kerana engkau memperoleh berkat kalimah ALLAH dan menjadi halal hubungan kamu kerana amanah yang engkau telah terima"

kalimah ALLAH itu luhur. kalimah ALLAH itu bercirikan sidqan, wa'adlan, la mubaddila likalimatihi iaitu kebenaran, keadilan dan Dia tidak ada yang dapat mengubahnya. Maka dengan kalimah itulah Allah menciptakan Isa a.s tanpa ayah, dan menganugerahkan Zakaria seorang putra iaitu Yahya yang dilukiskan sebagai seorang yang pandai menahan diri, terkemuka dan dekat dengan Allah.Itulah tali temali perkahwinan sehingga ia seharusnya kekal dan selalu dalam kesucian kebenaran dan sikap adil

Amanah adalah ikatan terakhir dalam perkahwinan

Amanah seakar dengan perkataan iman dan aman. 

Seseorang tidak mungkin akan menyerahkan amanah kalau siapa yang diserahinya itu,tidak dia percaya bahawa barang yang diserahkannya akan aman ditanggannya

Seorang ayah, seorang ibu tidak mungkin akan menyerahkan putra atau putrinya, kecuali kepada siapa yang dia percaya dan merasa bahawa putra dan putrinya aman bersama pasangannya

Seorang wanita tidak mungkin akan rela meninggalkan ibu bapanya untuk pergi kepada seorang yang baru dikenalnya, kalau dia tidak percaya kepada siapa yang disuntingnya.


Amanah mengandungi 2 ciri pokok:


  • Amanah selalu bersama dengan siapa yang diberi amanah


  • Amanah pula selalu dijunjung tinggi oleh yang menerimanya


Siapa yang tidak ingin bersama memelihara amanah, maka dia bukan orang yang wajar menerima amanah.
Siapa yang tidak menjunjung tinggi amanah, maka dia tidak wajar menerima amanah

Maka, kehidupan suami isteri yang dijalin oleh mawaddah rahmah dan amanah itu, menjadikan mereka bersatu

Bersatu dalam langkahnya, bersatu dalam tujuannya dan hidup dalam kehidupan yang harmoni.

Menjaga amanah adalah roh agama! Umur yang diberikan ALLAH kepada kita adalah amanah.Langkahan kaki kita adalah amanah. Pandangan mata kita adalah amanah. Menjaga amanah adalah inti ajaran agama yang mulia ini. Rasulullah SAW bersabda " Tidak beragama orang yang tidak menjaga amanah"

********

mari melihat hidup dengan kebaikan

memandang taqdir Tuhan dengan harapan dan baik sangka

:)

semuanya tak mudah

kalau ia mudah, maka tak adalah yang istimewa tentangnya

semoga Allah jaga, dan sentiasa kamu berada dalam jagaan dan lindunganNYa


" Dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang kokoh" (An Nisa': 154)

Monday, February 17, 2014

Langkah Pejuang

Ada satu lagu yang di perkenalkan sahabat. Langkah pejuang oleh Shoutul Amal. Selalu saya mengulang-ulang usai program Fenomena Ammar baru-baru ini.



Wahai hati
Moga Allah pelihara iman dan istiqamahkan kita
Untuk tetap dan tegar di atas jalan yang telah kita pilih


Allahumma Ameen !




Qalam cinta

munajat ulangtahun kali ini seperti doa-doa yang sudah.bezanya ada sedikit yang istimewa.



"Nun.Demi pena dan apa yang mereka tuliskan (Al-Qalam 68:1)

Terima kasih ya Allah kerna Engkau memberikan nafas dan nikmat sejauh ini, tetapkan hatiku atas perjuangan agamaMu, moga tetaplah aku menjadi orang yang beriman dan bersyukur padaMu hingga hujung kalimahku terukir namaMu.

Ameen

*******
The strangest thing I'm thankful for, is how Allah delayed answering some of my prayers. But I am even more grateful that He left some of them unanswered. In His silence, I felt His mercy. In His wisdom, I saw my weakness

Allah :'(





Monday, January 6, 2014

Formula 3L


Kisah ini akan kulewatkan lewat nafas-nafas doa

"Ambil dunia itu untuk badanmu, dan ambil akhirat itu untuk hatimu"

Luruskan niat di hati
Lakukan ikhtiar sepenuh hati
Lepaskan harapan pada Allah Yang Maha Membolak Balikkan Hati

Wednesday, January 1, 2014

Chapter 1, page 1, Bismillah


Alhamdulillah thumma alhamdulillah.. saat ini Allah masih beri peluang dan kesempatan. walau dahulu terlalu banyak dipersiakan .

Insha Allah tahun ini banyak liku hidup bakal kutempuhi dan dengan pertambahan usia yang bila-bila menghampiri kematian, makin bertambah amanah dan tanggungjawab yang harus kulaksanakan.


Semalam, tirai 2013 berakhir dengan khabar gembira buat hati yang berdebar-debar menunggu. Alhamdulillah, syukur tak terhingga, khalifah kecil ahli syurga ini di izinkan Allah melihat dunia baru. Dan saya menarik nafas lega, kerana amanah yang ditaklifkan menjaga sahabat sudah tertunai.Mudahan anak solehah ini dibesarkan dalam limpahan kasih sayang ummi dan ayahnya dan rahmat Allah, kelak dewasa nanti berjasa dan bermanfaat untuk ummah.

Tuhan,
Limpahkanlah aku rahmat ikhlas
Hindarkan aku riak bias
Dalam RahmanMu Ya Allah
Nikmat Syukur nan Indah
Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta
tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada (al hajj: 46)

Esok yang belum pasti
Untuk diri
Moga Tuhan Ampunkan dosa, khilaf dan kelalaian hambaMu sepanjang Tahun yang sudah
Dan bimbinglah hati ini menuju keredhaan Mu

One step closer
Another adventure
Bismillah

*****************************
" Wahai Allah sesungguhnya hari ini ialah hari yang baru, maka bukalah hari ini Ya Allah untuk aku dengan ketaatan terhadapMu, dan tutuplah hari ini untukku ya Allah dengan keampunanMu dan keredhaanMu, dan anugerahkanlah kepadaku hari ini segala kebaikan yang Engkau terima daripadaku dan Engkau sucikanlah amalam-amalanku dan Engkau gandakan ganjaran untuk amalanku,
dan apa yang telah aku lakukan dari keburukan-keburukan maka ampunkanlah aku. Sesungguhnya Engkau Ya Allah Yang Maha Mengampuni Yang Maha Penyayang Yang Maha Pencinta Yang Maha Mulia"