Friday, October 25, 2013

Bicara Dua Yusuff


Youessef Nada 

Yusuf al Qaradawi

kekuatan Nada pada ilmu ekonomi
Kekuatan Qaradawi pada ilmu fikihnya

Nada tidak pernah menjanjikan jawapan
tetapi menawarkan penyelesaian melalui idea dan falsafah

Qaradawi, di mana dia cita-cita ummat
maka itulah cita- cita aku

Jiwa-jiwa besar ini
lahir dari tangan-tangan Ikhwanul Muslimin

Hebatnya apabila
termeterailah ikatan keluarga melalui dua Yusuff ini

*********************
Bacalah kesah ini, anda akan merasa kerdil dalam memenuhi tuntutan islah


dan saya masih semput-semput menghabiskan sebahagian kesah ini..kerana buku terbaru tentang Qaradawi oleh Dr Rumaizuddin sudah memanggil-manggil untuk ditatap. Aduhai!

Thursday, October 3, 2013

Yang Solehah itu



ingin sepertinya
lagi dicari, lagi bersembunyi
lagi disebut, lagi mendiamkan diri
lagi dijejak, lagi dia lari

sembunyi itu suatu perlindungan untuk ''hati'', agar hatinya dekat dengan Sang Ilahi

ya Allah, aku ingin sesolehah sepertinya

****************************
knock! knock ! knock!
Assalamualaikum Aishah, buat apa tu..Che Wan disini
Dush! 
Masha Allah! tendangan khalifah kecil ini memberi respon.
nakal.

Aishah Humaira' ! Can't wait to see you.
wish to tell you how solehah your ummi is it.
I 'am proud to have both of you.


Saturday, September 28, 2013

Hikmah orang muda

Hikmah orang muda dalam semangat orang tua! 

Maafkan saya Umar Tilmisani*..Kata-kata hikmahmu saya tukar sebentar

Hari ini saya orang tua, banyak belajar dari orang muda.Jauh lebih baik yang ada pada diri mereka. 

Tulus.Mulus.Bahkan buat saya terkedu! Saya kongsikan beberapa dialog dengan khalifah-khalifah kecil ini.

Situasi 1: selepas tamat mengaji quran, salah seorang anak minta dilapangkan masa untuk mendengarnya membaca buku cerita.

Anak : Ustazah, kita ada kuasa tak?
Saya : Tak ada sayang.Kita kan manusia
Anak : Nanti kita boleh minta kuasa tak?
Saya : Eh mana boleh. Yang berkuasa hanyalah Allah
Anak : Tapi kenapa Boboiboy dan Papa Zoala ada kuasa? Dia pun manusia! Ifffah pun nak kuasa.

Gulp!


Situasi 2: Setelah 2 jam berlalu, anak yang berusia 6 tahun ini bersemangat belajar,dan saya mula keletihan...

Saya : Oklah kakak, alhamdulillah banyak kita belajar hari ni.Jom kita tutup dengan doa dan al-asr.
Anak : Kak Wan jangan balik lagi.. Kakak nak belajar lagi
Saya : Dah lewat ni kakak.Banyak dah kita belajar.esok kita sambung lagi ok?
Anak : .............................
Saya : Kakak tak penat ke? Beritahu kak wan kenapa nak belajar lagi?
Anak : Belum penat..Sebab kakak rasa tak cukup ilmu lagi!

Allah! terkedu saya.

4 jam Bahasa Arab! Pengsan!

Situasi 3: Seperti biasa kedatangan saya dinanti-nanti.Usai saya menutup pintu kereta, keriangan dan senyumannya mati serta merta.Pandangannya turun naik dari atas ke bawah.

Saya: Kenapa kakak? Ada yang tak kena?
Anak : (geleng)
Saya : Habis tu? Kakak tak jadi belajar hari ini?
Anak : Bukan...ermm kenapa hari ni Kak Wan berseluar?Mana jubah yang biasa Kak Wan pakai?Kakak suka tengok Kak Wan berjubah

Masha Allah.Sampai ke situ concern anak kecil ini.Dan sesi belajar hari itu berubah kerna memahami konsep aurat.

Situasi 3: Berhujung minggu dengan membawa anak ini ke zoo.Saya mengesan anak ini kurang mengenali binatang liar setelah belajar bab "Hadiqatul Hayawan" semalam.Kami melepaskan lelah di gazebo cantik seketika.

Anak : Kak Wan cuba baca apa yang ditulis tu?
Saya : Mana? (mata melilau mencari tulisan)
Anak : Tuu yang tergantung dekat payung tu.
Saya : Ohhh itu..dia tulis 'sumbangan ikhlas' (padanlah cantik gazebo ni,sumbangan dari pihak ikhlas menderma)
Anak : Ikhlas tu apa Kak Wan?
Saya  : Nak dengar cerita ikhlas tak? (Allah! saya duk ingat anak ini berminat bertanya tentang binatang di zoo)

Maka, ikhlaslah saya menceritakan konsep ikhlas.


Konklusinya, anak-anak ini sungguh mulus jiwanya.Bila menegur,ikhlas dan jujur. Saya banyak belajar daripada mereka.Kadang-kadang saya jadi malu pada anak-anak ini. Penatnya, kerana melayan soalan-soalan diluar kotak pemikiran kita dan saya harus 'downgradekan' diri agar penyampaian yang mudah mereka fahami.Seringkali kekeringan idea.Saya jadi teringat pesanan Ustaz Ghazali Abu, anak-anak ini jika kita tidak tahu jawapan pada persoalannya, jangan berbohong dengan jawapan kita.jujurlah pada diri bahawa kita tidak tahu.Dan kita?berusahalah mencari jawapan tersebut dan persembahkan yang terbaik pada anak-anak.

Sungguh seronok bergaul dengan mereka. pada diri mereka tiada dosa dan noda. kerana itu saya katakan, Hikmah orang muda (anak-anak ini), berada dalam semangat orang tua seperti saya.Terima kasih khalifah-khalifah kecil! Kakak sayang kamu semua.

Dan hari itu saya menerima surat cinta pertama dari anak ini. Telahan saya, barangkali rindu kerana sudah seminggu tidak belajar. 


Kak Wan sayang kakak juga :)


Doa saya, moga Allah pelihara,lindungi dan berkati kehidupan mereka,ditambahkan ilmu yang bermanfaat dan menjadi khalifah bermanfaat pada ummah!Ameen


*Umar Tilmisani (Mursyidul Am III Ikhwanul Muslimin,1904M-1986M) mengungkapkan "Hikmah Asy-Syuyukh,fi hamasati As-Syabab" bermaksud,"Hikmah orang tua berada dalam semangat orang muda"

***********************
Kini saya dalam proses menghadam kitab Tarbiyatul Awlad karya Ustaz Abdullah Nasih Ulwan. Wah, banyak manfaat yang baru saya pelajari dan tekuni.Harus diaplikasi pada khalifah-khalifah kecil ini dan akan datang.

Insha Allah

Senyum  :)



Tuesday, September 17, 2013

Surah itu



"Dan milik Allahlah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan" (Ali 'Imran: 109)


Baitulmuslim adalah suatu proses tarbiyyah diri,kemudian menjadi cantuman dan penyatuan hati dua individu yang mempunyai matlamat yang jelas dan sama dalam usaha menggerakkan dakwah Islam,disamping mahu melahirkan  zuriat soleh solehah dan akhirnya ingin memastikan gerak kerja dakwah Islam bertambah maju dan kehadapan, Insha Allah.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Semoga permulaan pertemuan yang baik ini menghasilkan zuriat yang patuh pada ajaranMu serta berani dan mampu menggalas beban menyebar risalahMu. 

Semoga ini yang terbaik. Jaga hati ye Wan Najihah! :)

Soon.Bismillah.



****************************


Ya Allah berkatilah segala keputusan yang telah kulakukan, sehingga aku tiada suka mempercepat apa yang Engkau lambatkan, dan memperlambat apa yang Engkau cepatkan. Rabbi yassir wala tu'assir ya Kareem.

Baitulmahabbah
16 Sept 2013/10 zulkaedah 1434H

Monday, September 9, 2013

semoga lebih sakti


"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih, (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu, itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahuinya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adnin. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang hampir (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya : "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah ?" Para pengikutnya yang setia berkata : "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, lalu segolongan (yang lain) kafir. Maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang" 
(As-Soff : 10-14)

Ayuh syabab! mari kita perkemas khittah.

Tidakkah kamu akan tetap pendirian untuk menjadi ansarullah?

Semoga kalian lebih sakti.

Friday, August 16, 2013

Damai Yang Hilang


 Medan Rabaah merupakan sebuah potret yang menceritakan tentang perjuangan ibu yang kehilangan anaknya. Isteri yang kehilangan suaminya. Rakyat yang kehilangan Presidennya. Manusia yang kehilangan haknya. Undang - undang yang kehilangan legitimasinya. Demokrasi yang kehilangan identitinya.

Ini kisah tentang manusia, darah, dan air mata. Tentang kegagalan kuasa dunia berbicara tentang keadilan dan hak asasi manusia. 

Di saat getir berlaku kini di Mesir, suka saya berkongsi pandangan seorang anak muda (pelajar perubatan di Universiti Iskandariah) yang menyaksikan momen-momen yang mendebarkan di Mesir, beliau melihat sisi pandang dari kaca mata anak muda yang semestinya berjiwa besar, jelas visi dan misi, jelas fikrah dalam menyokong kebenaran dan keadilan, jelas apabila melihat pertembungan demi pertembungan di antara haq dan kebatilan.

Teringat antara mata-mata keramat al Syahid Sayyid Qutb, pertembungan akan sentiasa berlaku, "al sira' al mustamir" sebagai suatu realiti yang sentiasa berlaku di setiap zaman tanpa henti, rakaman Qasas al Anbiya' juga memandu para penyokong kebenaran untuk kekal yakin dengan janji-janji Allah bahawa kebenaran sentiasa bangkit sekalipun di injak-injak di tapak kaki para penzalim. 

Dari kejauhan, titipkan doa dan munajat kita untuk sama-sama menyokong ikhwanuna fi Misr, luka mereka luka kita juga, derita mereka, kita juga merasai kesakitannya.

Ayuh syabab! Tingkatkan doa qunut nazilah buat mujahidin di Mesir. 

Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Muntaqim.

DI SEBALIK PELURU-PELURU HIDUP

Sejarah hari ini melihatkan satu detik paling pilu yang di pamerkan di mata dunia.Bertalu-talu info yang dirakamkan mengenai serangan yang dilakukan pihak tentera Mesir,pihak polis serta kumpulan-kumpulan samseng yang menyerang kumpulan Pro-Mursi. Kelihatan isu ini menjadi perhatian oleh semua-ramai yang mengatakan kepiluan,kesedihan,kebencian,kemarahan terhadap apa yang berlaku kepada mereka.

Hati ini juga tidak dapat diterjemahkan ertinya.Detik-detik masa yang dilalui ketika di Mesir membuat saya perlu menghadami betul-betul erti sebuah peristiwa dan momen-momen yang berharga mendampingi masyarakat setempat di Mesir.

Saya lebih tercetus untuk membualkan praktikaliti dalam menyambut sesebuah peristiwa.Ianya bukan mainan status kesedihan,mahupun ekpresi kemarahan semata-mata,namun ianya adalah sebuah episod kesedaran bagi mereka yang menyaksikan.

PELAJARI ERTI PERSEDIAAN/PERSIAPAN 

Cerita -cerita yang berlaku di Mesir membuktikan setiap hidup kita memerlukan persediaan yang rapi dalam menempuh pelbagai rintangan. Pengertian 'persediaan' hanya difahami bagi mereka yang sedar dan juga mempunyai agenda yang jelas dalam hidup. Saya lebih cenderung untuk memperuntukkan nota ini kepada para pemuda yang dasarnya mereka inilah mengukirkan episod-episod berharga dalam menjayakan banyak misi perjuangan (seperti juga berlaku di Mesir yang rata-ratanya digerakkan oleh tenaga pemuda)

Menjadi seorang pemuda yang hebat, mereka perlukan persedian yang berterusan sebelum mereka bertempur. Kita ratapilah diri kita sejauh mana kita mampu bersedia seperti pemuda-pemuda di Raba’ah,Suez,Mansurah,Iskandariah dalam menghadapi bebanan ini.Hampir 1 bulan mereka berkumpul untuk menyatakan perjuangan mereka.Pemuda-pemuda ini sudah bersedia menempuh sebarang kemungkinan hatta nyawa sekalipun.

Pemuda-pemuda ini bermula dengan mencacakkan agenda hidup mereka untuk mengangkat kalimah Allah di muka bumi ini,lantas mereka menolak segala sisa-sisa nafsu mereka daripada segala sampingan-sampingan yang melalaikan.Mereka tidak berjam-jam mengabiskan masa untuk bergaming,facebook,menonton filem,drama,berfantasi jenin,bercakaran hujah sisipan ataupun melontarkan angan-angan dalam dengkuran mimpi- kerana mereka ingin buktikan praktikaliti sebuah perjuangan hakiki adalah melalui persedian fikiran/fahaman yang jelas,diri yang segar serta hati yang bersih dalam kerangka untuk menjadi seorang syuhada yang dipilih Allah.


Ayuh kita benamkan nota-nota persedian/persiapan ke dasar bumi agar omongan kita adalah omogan syahadah yang hakiki.Jadilah pemuda yang sedar akan serangan musuh yang melupakan kita dengan identiti sebagai seorang yang bergelar hamba yang mempunyai risalah Allah tuhan yang ESA.

PELAJARI ERTI PERTEMBUNGAN
Pertembungan akan sentiasa berlaku dalam diri kita. Ketika ingin menyebut erti persiapan, kita bakal mengharungi satu pertembungan sengit antara kehendak diri dan kehendak Allah. Ianya akan terus berlaku. Di sini teruji di mana kekuatan kita sebenarnya. Sifat pertembungan ini juga terlakar dalam episod perjuangan. Kebenaran akan sentiasa bertembung dengan kemungkaran/kejahatan.

Agenda Islam /risalah Allah pasti akan bertembung dengan mana-mana ideologi perjuangan selain daripadanya.Pembuktiannya di dalam sirah perjuangan Ar-Rasul sehinggalah kini.Detik-detik ini,saya melihat kesan-kesan pertembungan itu berlaku di Mesir.Mereka yang berada antara pertembungan ini merupakan tapisan automatik oleh Allah yang dipengakhirannya menemukan hanya 2 kumpulan iaitu Haq dan Batil. Sudah tentu yang membawa panji Islam secara jelas dan tanpa kesamaran yang bercampur-baur daripada sempadan sekular,sosialis,liberalis serta kesongsangan akidah merupakan mereka yang benar dan Haq.Maka selebihnya adalah mereka yang cuba memadamkan cahaya-cahaya Allah dengan tangan-tangan mereka sendiri.

Saya mengambil satu lintasan yang saya pegang dan yakini dari dulu sehingga sekarang bahawasanya dalam kita ikhlas berjuang kita akan berjumpa dengan pelbagai medan dan lapangan,ada mungkin ianya berlainan dengan cara kita,namun yakinilah bahawa pada hujungnya kita akan dilengkapkan oleh Allah dalam saf yang satu.Maka peliharalah ikhlas kita,lapangkan dada,optimis serta kita berdoa agar dijauhkan oleh Allah daripada kita tertapis daripada saf-Nya.Di situlah pertembungan sebenarnya akan berlaku.

PELAJARI ERTI KEMENANGAN 

Saya pernah bertanya kepada seorang teman, adakah Ikhwan Muslimin akan menang suatu hari nanti? Dia tersenyum lantas menjawab, " Insha Allah, kemenangan Allah itu dekat". Sesungguhnya tiada erti kemenangan bagi seseorang hamba itu selain dia memerdekakan dirinya daripada hawa nafsu yang membataskan gerak-geri kita.
Hakikat kemenangan sebenarnya bukanlah bererti berjayanya menawan sesebuah negara ataupun telah membunuh beratus-ratus ribu orang.Kejayaan dan kemenangan sebenarnya ialah bagaimanakah kita sedari bahawa kita adalah sebagai hamba yang berusaha dengan kemampuan yang kita ada dalam menjadi seorang yang benar-benar mengangkat kalimah Allah dalam diri kita,keluarga kita seterusnya anggota masyarakat kita.

Ingatlah kita bukan penentu kemenangan kerana hujan kemenangan bukanlah hasil ramalan kita namun adalah kuasa Allah yang melimpahkan kepada kita setelah kita mengauli kesabaran dan istiqomah dalam perjuangan ini.

Maka inilah bingkisan nota untuk sama-sama kita menghadiahkan diri kita kepada seluruh Muslimin di dunia dengan melakukan anjakkan iman dan taqwa dalam diri kita

"Allahummansuril islamawal muslimin fi masr,suria wa falestin wafikullimakan wafikullizaman"

Wallahualam

Abdul Rahman D 2013


Keamanan di Malaysia kian tercalar dengankejadian tembak-menembak mutakhir ini. Wirid keselamatan bekalan dari tamrin qiyadi tempoh hari menjadi teman setia disaat ini. Moga istiqomah untuk dibaca setiap kali usai mathurat. Hasbunallah wani'mal wakeel, Ni'mal Mawla Wani'man Nashir. Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Saturday, August 3, 2013

Taqwaporosis

Barangsiapa yang beribadat kerana Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan meninggalkan kita tetapi barangsiapa beribadat kerana Allah, ingatlah Allah sentiasa bersama-sama kita. Pesan khatib hari ini benar menyentuh dhamir yang paling dalam.

pabila khatib menyeru sidang jumaat bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa saya tidak dapat menahan bendung air mata. lacrima gland terus pecah.

Saya masih menghitung diri. Apakah marhalah ini sudah dicapai?

sesungguhnya, Ramadhan adalah madrasah mencari taqwa.

hari jumaat, penghulu segala hari. Bertambah mulia dengan kehadiran ramadhan dan keberadaan di sepuluh malam terakhir.Begitu bersungguh khatib berpesan supaya memburu lailatul qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Usai solat jumaat mushaf agung kutarik perlahan dari para, berkira-kira menyambung juzuk berbaki ramadhan tahun ini.

Bismillah,lembaran pertama Surah al Dukhan.

Subhanallah wabihmadihi, subhanallahal azim.

Allah Allah. Air mata kembali tumpah basah sesampai ayat ke 3

Jumaat terakhir ramadhan tahun ini.

Taraweh terakhir bersama Imam Mesir ini

Mabit terakhir di masjid Sultan Ismail

…dan memburu taqwa kerana mengharap maghfirah dan redha Allah tak akan berakhir

Lailatul qadar segala-galanya bukan matlamat. Ia adalah alat untuk mencapai taqwa.

Sesungguhnya,kita adalah musafir dunia yang mengembara mencari secangkir cinta Pencipta yang dirinduinya. Mudahan nilai taqwa yang dicapai tidak akan poros pabila berakhirnya madrasah Ramadhan ini.