Friday, October 26, 2012

::You are not alone~

Allahu akbar Allahu akbar Allahuakbar
LailahaillahhuwAllahuakbar
Allahuakbar walillahi irham

Hening pagi ini, sayup-sayup kedengaran takbir raya dari masjid UTM.Kini aku sendirian.Kamar ini sepi.Bumi UTM sepi.Jauh dari keluarga.Jauh dari kampung halaman..Dan aku berjanji tidak akan bersedih di pagi mulia ini.Kerna hanya nilai ilmu, aku harus berkorban.Ah apalah nilai pengorbanan aku yang sekecil ini jika dibandingkan dengan harga pengorbanan Nabi Allah Ibrahim pada perintahNya.

You are not alone...



Special wish to..
Eid Mubarak to the muslims who are detained in Guantanamo bay, Eid Mubarak to our dear sister Aishah Ma, Eid Mubarak to Chechnya, Pattani, Rohingya,Kashmir, Kurdistan, Palestine, Syria, Iraq, Afghanistan, Bahrain, Burma and Northwest Pakistan. May Allah make a house for all Muslim who suffered and are going thru oppression, I pray that may this Eid bring all the happiness and blessings upon them and may they have a better life, if not this then in here after.
Eid Mubarak to whole Muslim Ummah ! Same for this Eid, lets remember all those who are oppressed or are not with us anymore.



This Eid… this Eid you’re probably slaughtering a cow.. or a goat. And in Arakan, Rakhine’s men are slaughtering Rohingya's Muslim
Now I don’t intend to ruin the buzz of Eid, it’s a wonderful blessing from Allah SWT but it’s important we remember the realities our brothers & sisters will be facing all over the world. Where we will have family get-together’s they will be losing their family and it’s important we use this blessed day to remember them in our dua’s and our duty towards them. They have a right upon you. Every individual Muslim out there has a right upon you…

Wednesday, October 17, 2012

bulatan gembira :)


"Bulatan Gembira" itu bukanlah suatu aktiviti mingguan biasa untuk mengisi masa lapang..dan ianya juga bukanlah suatu perkumpulan yang hanya untuk menambah dan menjernihkan iman serta ilmu pengetahuan..tetapi "bulatan gembira" itu menuntut
lebih daripada itu..ia menuntut kepada suatu perubahan yang akhirnya menjadikan ahli-ahli di dalamnya menjadi 'doktor', yang akan merawat penyakit-penyakit ummah dan meletakkan Islam berada di tempat yang selayak untuknya! :)


Usrah. Recharge iman, bersihkan kefahaman, membina kekuatan.

Boleh wujud dalam pelbagai nama. Halaqah. Smart circle. Bulatan gumbira.

Antara salah satu metod tarbiyah yang crucial dalam pembentukan peribadi.
Gelaran manjanya - jantung organisasi.

Anda sudah ada usrah?

......................................................................................................................................

ah tidak sabarnya saya nak tunggu usrah esok!


Rindu


ya Allah, anugerahkanlah kepadaku sebuah tangisan yang lahir atas cintaku hanya padaMu, sesungguhnya aku rindu pada tangisan menghadapMu..:(

tidak semua pada malam ini memiliki rasa rindu, maka beruntunglah sesiapa yang malam ini memiliki rasa rindu.


Sunday, October 14, 2012

sabarlah duhai hati..


Beware of your intention. Be sure it is for Allah's sake not yours.

Currently I am struggling to become one of those women, InshaAllah.


Alhamdulillah

Terima kasih Allah atas anugerah ini..

ini adalah amanah..

bagaimana keadaanku nanti menerima buku MU di padang mahsyar nanti?

Allahu Allah... 



Thursday, October 11, 2012

Bergraduasilah dengan penuh rasa tawaddu' dan rendah diri kepada ilmu

Dada terasa sebak, mata dibaluti rekahan kaca dan jiwa terasa bergelora saat surah al-alaq dialunkan oleh Qari dari IRKS itu..Aku jua pasti qari itu merasai getaran hati yang sama..bertambah sebak pabila lagu UIAM dinyanyikan bersama-sama..Terlalu dalam maksud yang ingin disampaikan.

Allahu Allah apalah nilai sebuah graduasi ini andai ilmu tidak dipraktikkan dan disebarkan pada Ummah.
Benar...
Gelaran mahasiswa bukan sebarang gelaran. Di dalamnya tersembunyi nilai akal yang tinggi dan nilai budi yang insani. Dengan akal yang tajam mereka dapat menilai menggunakan hikmah dan dengan lidah yang mahir mereka dapat berbicara bahasa ummah...


Wahai anak muda....Kalian adalah milik ummah dan kepada ummahlah harus berbakti. Kalian adalah pembawa amanah, amanah itu amat berat, jangan sekali-kali ia dikhianati. Tenaga muda usah dipersia kerana ia tidak akan datang buat kali kedua. Kejarlah masa, usah menunggunya kerana masa itu sentiasa berlari dan tidak akan pernah menunggu kita

Salam graduasi kepada sahabat-sahabat seperjuangan..Terima Kasih Allah menempatkan aku selama 6 tahun di taman ilmu dan budi ini..sesungguhnya, tarbiyyah, biah soleh dan solehah dan perjuangan ilmu ini pasti akan kurindui sampai bila2..

Monday, September 19, 2011

nota hati seorang kakak


Alhamdulillah, alhamdulilah Alhamdulillah..selaut kesyukuran di rafa’kan kehadrat Allah, Tuhan sekalian alam yang masih memberiku nafas untuk menimba ilmu di teratak tercinta ini. Menjengah semester baru sebagai pelajar tahun akhir dan sekaligus sebagai senior membuatkan diriku makin rasa terlalu naïf dengan ilmu. Kepada adik adikku yang sedang menjejakkan kaki ke alam kampus, ahlan wasahlan wamarhaban bikum. Mari, mari kita perbaharui niat, azam dan semangat yang jitu, mudah-mudahan amalan baik hasil dari madrasah Ramadhan yang lalu menjadikan kita makin kuat kecintaan pada Islam dan iman dan sentiasa dalam keistiqamahan dalam kebaikan.
Adik adik sekalian,
Kehidupan yang singkat ini merupakan perjalanan musafir yang menuju ke suatu destinasi yang tidak diketahui bilakah kita akan tiba kedestinasi tersebut. Memetik kata-kata Saidina Umar Absul Aziz, “ Sesungguhnya setiap perjalanan manusia mustahil tidak mempunyai bekal”. Justeru sediakanlah bekalan musafirmu itu semasa hidup di dunia untuk menempuh perjalanan akhirat. Memandang dirimu yang cekal menghayun langkah jauh dari mahallah ke kuliah membuatkan diriku terasa lebih malu. Sesungguhnya malaikat sedang berdoa pada Tuhan Rabbuljalil akan hamba-hambaNya yang berjihad dalam menuntut ilmu. Ah, aku terlalu kagum dengan kegigihan dirimu.
Kehidupan yang penuh pancaroba ini perlu ditempuhi dengan ilmu yang hak dan amal yang soleh. Tanpa ilmu dan akal, mana mungkin dapat membuahkan natijah yang baik sebagai bekalan untuk menemui Yang Maha Quddus.
Adik adik yang dikasihi,
Ingatlah, di samping kalian ditugaskan mengaut sebanyak mana ilmu, harus juga bertanggungjawab untuk memastikan tarbiah dan biah soleh dan solehah di sini terus subur dan mekar. Tugas dan amanah ini bukanlah suatu tugas yang boleh dipandang enteng oleh kita. Pupuklah rasa ukhuwah dan mahabbah sesama kita kerana ia merupakan asas dakwah kita dan kekuatan kita terletak di atas kesatuan hati dan fikiran kita.
Adik-adik yang dicintai,
Masih banyak ruang untuk kita memperbaiki diri kita dan merubah diri kearah yang lebih baik. Bukalah pintu hati kita untuk bermuhasabah dengan apa yang kita lalui sepanjang 20, 21 dan 22 tahun kita berada di bumi Allah yang luas ini. InshaAllah, keberkatan Allah bersama hamba-hambaNya yang sentiasa bermuhasabah.Akhirulkalam,”kehidupan ini hanyalah untuk tiga hari. Hari yang telah berlalu, maka tidak ada lagi kesempatan untuk kita mendapatkannya semula. Hari esok yang tidak kita ketahui , adakah bakal menikmatinya atau tidak. Dan hari serta saat dimana kita sedang berada di dalamnya. Oleh itu, manfaatkanlah hari di mana kita sedang berada di dalamnya sebaik-baiknya”.Maka rebutlah peluang yang baik UIAM sediakan pada kalian.